nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Memaparkan catatan dengan label Hukum mewarnakan rambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum mewarnakan rambut. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2009

Fakta tentang rambut

· Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai
rambut.

· Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang.

· 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat.

· Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran
rambut.

· 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, hampna yang bermaksud urut.

· Rambut orang African tumbuh dengan perlahan dan lebih rapuh
berbanding rambut orang Eropah.

· Rambut orang Asia tumbuh dengan cepat dan lebih kenyal
(tidak rapuh).

· Orang African dan Eropah lebih mudah botak berbanding orang Asia.

· Sehelai rambut boleh mengangkat beban sebanyak 100gm.
Ini bermakna, seluruh rambut di kepala dapat menampung berat 2
ekor gajah.

· Rambut orang Asia tumbuh lebih cepat dan lebih kenyal (tidak rapuh) berbanding orang Afrika dan orang Barat.

· Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

· Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.

· Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

· Uban terjadi kerana faktor usia, faktor genetik, faktor kesihatan dan faktor persekitaran.

· Merokok membuatkan rambut cepat beruban. Perokok memiliki risiko 4 X lebih cepat untuk beruban dan mengalami rambut gugur.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, ‘Champna’ bermaksud urut.

Rambut gugur, kenapa ya?

Ada pelbagai faktor menyebabkan keguguran rambut di kalangan wanita dan lelaki. Paling utama adalah stress selain kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak dan berkelemumur.


Kulit kepala juga terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekap akan menutup liang pada kulit kepala. Keadaan itu akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak (sebaceous glands) pada setiap folikel rambut. Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi yang menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat.

Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut yakni pada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut. Jika kapilari berkenaan tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menjadi punca rambut gugur.

Memahami Rambut Anda

Struktur Rambut
Rambut di buat dari struktur yang kuat yang dikenali sebagai keratin, iaitu sejenih protein yang sama yang menjadikan kuku dan bahagian luar kulit kita.
Setiap helaian rambut mempunyai 3 lapisan : yang paling dalam ialah ‘medulla’ yanghanya hadir pada rambut yang tebal. Lapisan tengah dikenali sebagai ‘cortex’ yang memberi kekuatan, juga warna dan testur pada rambut. Lapisan paling luar dikenali sebagai kutikal. Kutikal ini nipis dan tidak bewarna dan bertindak sebagai pelindung kepada ‘cortex’.

Struktur Akar Rambut
Dibawah lapisan kulit ialah akar rambut, yang ditutupi folikel rambut. Dibahagian bawah folikel rambut ini, ialah ‘dermal papilla’ yang yang dibekalkan dengan aliran darah yang membawa zat-zat untuk pengeluaran rambut baru. ‘Dermal papilla’ ini merupakan bahagian utama untukpertumbuhan rambut kerana ia mempunyai penerima bagi hormon dan androgens lelaki.

Kitaran Pertumbuhan Rambut
Folikel rambut tumbuh dalam bentuk pusingan. Satu pusingan boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

  1. Anagen (pertumbuhan). Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
  2. Catagen (rehat). Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
  3. Telogen (pertumbuhan semula). Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.

Hukum Mewarnakan Rambut

Ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.

Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.

Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.

Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.

Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.

Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.

Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka
.
Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.

Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.

Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.

Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.

Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.

Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.

Dipetik dari Mingguan Malaysia 08 April 2001