nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Ahad, 2 Ogos 2009

Wangian Dan Anda

Wangian telah di gunakan sejak zaman silam lg dalam upcara keagamaan, tetapi kemudian penggunaannya berkembang sebagai kosmetik dan hampir dalam setiap produk harian.
Wangian di katakan menggambarkan keperibadian wanita. Pada waktu siang, wangian yang di hasilkan dapat menimbulkan rasa kegembiraan, keyakinan, keceriaan, segar dan bersih. Pada sebelah malam pula wangian dan haruman mampu melahirkan perasaan, menonjolkan sifat kewanitaan, misteri dan romantik.

Kaum wanita lah (seperti biasa..he..he) sering di kaitkan dengan minyak wangi dan haruman sehingga ada yang sanggup berbelanja besar untuk memiliki wangian yang berkenan di hati. Ye la kan..sapa yang tak mau wangi..sampaikan ketiak pun kita nk pastikan sntiasa dlam keadaan terawat dan wangi hendaknya..

Teringat dulu-dulu waktu bercinta, saya sanggup berhabisan duit gaji yang tak seberapa semata-mata nak membeli wangian yang mencecah ratusan ringgit. Ye la masa tu semuanya nak pastikan dalam keadaan wangi. Memang sifat wanita la, bila bercinta semua nak pastikan sempurna. Masa tu nk kentut pun takut..kalau boleh apa yang busuk2 tu mintak jauh le...

Masa bujang tak apa la.. bukan ada tanggungjawab lagi. Duit gaji untuk diri sendiri aja..boleh la.. lepas kawin pun masih mampu beli lagi la. Tapi sekarang bila dh kawin, dan ada anak tiga ni..sahkan nak beli perfume jenama mahal, nk beli baju pun tak cukup duit..

Tapi macam orang kata la, wangian tetap menjadi satu keutamaan.. ye la tak mau la husband cakap bila dah kawin smua dh tak terurus. Tapi sekarang kita lihat banyak bumiputera yang mula mengeluarkan pati minyak wangi versi minyak wangi berjenama. Saya pernah cuba minyak wangi ni.. nak kata seratus peratus serupa tu saya tak berani la.. sebab saya ni bukan lah pakar dalam bab ni. Tapi orang cakap boleh tahan wangi jugaklah.

Kebelakangan ini, minyak wangi yang murah ini menjadi satu fenomena. Ramai yang menjadikan minyak wangi yang murah ini sebagai satu sumber pendapatan. Diantara minyak wangi yang mendapat sambutan di pasaran ialah One Drop Perfume atau pun juga di kenali sebagai Egyption Potion. Saya pernah mencuba minyak wangi ini dan ia memang wangi dan tahan lama. Ye la buat apa nak membeli wangian mahal sedangkan kita boleh mendapatkan wangian yang hampir serupa baunya dengan harga yang lebih murah. Ianya ternyata amat berbaloi..ini merupakan pandangan peribadi saya..tak tau la dengan anda. Tetapi selagi tidak mencuba sampi bila anda akan tahu..

Ada beberapa jenis perfume lg yang sedang mencari ruang untuk menapak di pasaran. Percaya atau tidak, kebanyakannya merupakan pati perfume keluaran bumiputera kita. Siapa cakap orang Malaysia tidak pandai berniaga, tengoklah di antara perfume yang semakin hari semakin laris di pasaran. Diantaranya ialah Secret potion, Dhia Perfume dan banyak lagi.

Terdapat beberapa lagi pengusaha yang menjual pati minyak wangi dari pelbagai jenama.. nanti pada masa akan datang saya akan usahakan untuk mengumpul jenama minyak wangi murah yang lain supaya anda dapat membuat rujukan dan pilihan..

0 comments:

Catat Ulasan