nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Khamis, 27 Ogos 2009

Template Pengurusan Bajet

Pengurusan kewanganBlog

Rabu, 26 Ogos 2009

Rahsia Emas

Emas dengan kaum wanita ni memang dh tak boleh dipisahkan. Emas tu kan ke barang perhiasan, bak kata orang bila pakai tu boleh naik seri la.. Emas adalah bahan logam yang amat tinggi nilainya tidak akan jatuh dimakan inflasi. Emas merupakan logam yang lengai. Ia tidak bertindak balas dengan bahan-bahan lain. Dalam industri pembuatan, emas digunakan sebagai pemangkin kerana ia adalah bebas daripada menganggu logam-logam lain. Pendek kata ia tidak bertindak balas dengan logam-logam lain. Sifat emas yang inilah menyebabkan ia begitu berguna dan berharga dalam industri pembuatan. Yang menariknya, sehingga sekarang masih belum ada lagi saintis yang mampu membuat emas.

Fakta

Harga Emas Sentiasa Menaik Dari Masa ke Semasa

Harga emas kt Mesia ni dh naik, menjangkau ke harga RM100+ segram. Mahal bebenor. Kesian sungguh kalau sesiapa yang nak kawin sekarang ni. Ye la, nak bertunang nak kena beli emas, nk kawin nk kena beli emas. Kalau nak beli emas putih, mahal, tapi tak boleh jual balik, tak de nilai.


Kebanyakan kita hanya mengetahui emas hanya sebagai bahan perhiasan semata-mata. Bila ada barang kemas, apa yang kita tahu adalah
jual, gadai dan beli semula. Dan ramai juga golongan wanita kita berlumba-lumba mengumpulkan emas demi menunjukkan kemampuan dan kehebatan kewangan mereka. Yang sakitnya adalah, poket suami mereka! Sehinggakan ada yang sanggup berhutang untuk memiliki barang kemas. Bila wang tiada, mulalah emas yang asalnya dibeli dengan harga yang mahal dijual dengan harga yang lebih rendah ataupun anda mendapat keuntungan yang sedikit apabila dijual atau digadai di tokey-tokey pajak gadai. Inilah sering dialami oleh kebanyakan dari masyarakat kita terutamanya kaum melayu la..


Bukan bermaksud tak payah beli emas sebab mahal, tetapi gunakan kelebihan emas itu sepenuhnya. Barang kemas wanita boleh di manipulasi dengan lebih efisien dan bermanfaat..Dengan emas, kita boleh menambah pendapatan, kalau tahu caranya la..Bukan barang kemas sahaja, tetapi pelbagai bentuk/jenis emas yang boleh dijadikan sumber kekayaan kita pada masa sekarang dan masa depan. Bagaimana caranya? Tidak lain dan tidak bukan adalah melalui pelaburan emas.

6 Sebab Mengapa Kita Harus Melabur Dengan Emas

trend kenaikan harga emas adalah sentiasa menaik. Dalam masa sebulan ianya boleh naik sehingga 5%. Pernah dicatatkan, harga emas naik 33.3% dalam tempoh setahun 2006 -2007. Sekiranya anda beli 100gram emas dengan RM100 per gram pada Jan 2006, iaitu RM10,000. Apabila anda menjualnya pada Jan 2007, anda akan mendapat RM 13,300. Maknanya anda untung RM3,300 hanya dalam setahun. Tidakkah ianya sangat lumayan ?

Pelaburan emas amat tinggi pulangannya berbanding pelaburan ASB. ASB biasanya memberikan pulangan 8-10% setahun. Akan tetapi pulangan emas adalah 50 -100% lebih lumayan daripada ASB.

Harga minyak naik – harga emas akan naik. Apabila minyak naik, semua harga barang akan naik termasuk emas. Jika anda membeli emas sekarang, anda akan mendapat keuntungan lumayan pada masa kenaikan harga minyak ini. Dan anda perlu ingat juga bahawa emas tidak dipengaruhi oleh INFLASI.

Terdapat beberapa cara anda boleh mendapat keuntungan melalui emas. Kebanyakan daripada kita tahu emas hanyalah barang kemas. Tahukan anda dengan hanya bergantung kepada barang kemas, keuntungan yang diperolehi selepas menjualnya tidaklah seberapa besar, tapi masih menguntungkan.

Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai. Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah.

Terdapat banyak kemudahan di mana bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, Public Bank yang menyediakan skim pelaburan emas sebagai pelaburan orang ramai.

Ternyata pelaburan emas mampu memberikan pulangan yang besar kepada kita..Keratan akhbar di bawah menjelaskan dan menguatkan lagi fakta tentang pelaburan emas yang amat menguntungkan ini.


Pengetahuan orang Malaysia mengenai ilmu pelaburan emas ini amat rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Ramai daripada kita langsung tidak tahu bahawa emas dapat dijadikan pelaburan yang lebih baik dari pelaburan – pelaburan lain seperti ASB, KWSP,Saham dan lain-lain. Ramai yang masih jahil mengenai pelaburan emas. Padahal yang sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa emas adalah aset pelaburan yang amat bernilai .

Untuk Mendapatkan ebook percuma mengenai Pelaburan Emas ini sila klik disini..

5 Minit 'Makeover'


Langkah 1
Jika anda memakai foundation, jangan lupa ratakan dengan span kosmetik. Lapisan niois sesuai untuk pemakaian di siang hari, malam pula pakaila tebal sikit.. baru la nmpak perbezaannya. Lagipun waktu malam tu gelap, tak berapa nak nampak.

Langkah 2
If you have any areas like dark under-eye circles, blemishes, red spots,
or broken capillaries, concealer will do the job. It is easiest if you apply
this with a fine brush to the area that you wish to conceal and then
blend with your fingertips.
STEP 3 – POWDER
Loose powder is better to set your foundation because the finish is
lighter. Apply it lightly with a large powder brush for a sheer finish, a
puff or sponge for a heavier finish. Remember to dust a little under your
eyes to set your concealer (helps prevent creasing).
STEP 4 – EYES
For a quick and easy eye makeup, sweep a single wash of color over the
entire eye in a neutral tone. Don’t forget your brows. Apply your liner,
then mascara.
STEP 5 – LIPS
Lipsticks as well should be of the same color family as the rest of the
face. Line your lips, and apply a quick coat of Sacha’s Vitamin E Stick.
Fill in with your lip color of choice. Gloss is optional.
STEP 6 – BLUSH
To determine the intensity of your blush, take your cue from the rest of
your face. During the day you should go for a light sweep of color. At
night you may add a bit more color or glitz with light dusting of Sacha’s
Satin Powders.
STEP 7 - FINISH
After completing the last step, lightly spray Sacha’s Fix It Spray over
the entire face to set your makeup and make it longer wearing.

Isnin, 17 Ogos 2009

Pemilihan Foundation (Bedak Asas)





Foundation atau pun bedak asas merupakan kosmetik yang sering diutamakan wanita dalam solekan. Hasil jika diaplikasikan ada dua je, samaada nampak semulajadi ataupun nampak macam pakai topeng gitu..

Kat kedai skang ada macam-macam jenis dan jenama foundation dok jual. Ada yang jual jenis cecair, krim, bebas minyak, powder, untuk yang kulit elergy, yang berbatang ala2 lipstik, yang mcm kek pun ada.. pilih je yang mana satu janji mestilah sesuai dengan warna kulit. Tapi kalau mula2 nak beli tu memang pening kepala skit la. Tapi bila dh dapat yang sesuai mesti sentiasa nak pakai.

Memetik pendapat jurusolek profesional, Eleena Lamat berkata, solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah

Untuk memudahkan anda untuk memilih pilihan yang sesuai, k.Iron akan susun dan terangkan satu persatu mengikut kategori utama:


Bedak asas cecair
Biasanya bedak asas dari cecair amat di gemari oleh kebanyakan wanita. Ini kerana ia senang dipakai dan memberikan kesan yang semulajadi seperti lapisan kulit kedua. Ia di datangkan dai dua jenis iaitu yang berasaskan air dan yang berasaskan minyak.

Krim Bedak Asas
Krim bedak asas ni sememangnya menjadi pilihan jurumekap. Ia biasanya didatangkan dalam bentuk padat dan juga batang. Ia dapat memberi litupan yang baik dan senang untuk diaplikasikan. Ia memberikan kesan yang licin dan tahan lama.

Bedak asas dua dalam satu
Dunia wanita yang semakin sibuk menyebabkan kita sering tercari2 benda yang senang di pakai. Salah satu hasilnya dalam pembuatan foundation ini ialah bedak asas yang bertindak sebagai bedak dan juga foundation. Kiranya pakai pakai bedak smbil pakai foundation la..senang gitu. Kiranya boleh jimat banyak masa la..

Macam mana nak pakai ni?















Salah satu langkah pertama sebelum pilih bedak asas ialah kenali kulit kita dulu. Pilih jenis bedak asa yang bersesuaian dan kena dengan rona atau warna kulit.

1. Pemakaian bedak asas dengan menggunakan span (sapu ke bawah). Jika mahu sapuan bayangan gelap tulang pipi dan hidung boleh di buat untuk membentuk wajah.

2. Utamakan kawasan yang sering kemerahan terutamanya kawasan hidung, bawah mata dan sekeliling mulut. Jangan lupa sapukan juga di bahagian leher. Anda tidak mahu nmpak tergantung, muka cerah tapi leher...kunci yang paling penting adalah bagi ia nampak sekata.

3. Ratakan bedak debu ke seluruh muka menggunakan span khas. Kemudian gunakan berus besar untuk warna sekata.

4. Lepas semuanya sekata, barulah anda boleh menyambung proses mekap yang lain iaitu mata, pipi dan mulut.

Seterusnya.. Mekap mata

Tips Untuk Mekap

Kebanyakan dari kita merasa tidak lengkap sekiranya tidak bermekap..tak tau la org lain kan, tapi k.iron rasa macam tu la. Kalau tak mekap nk pndang muka orang pun malu hu..hu. Tapi harus ingat, bermekap kena ada gayanya, silap mekap, nnti orag ingat badut terlepas pulak. Pemakaian mekap ni macam satu seni la. Nampak mcm senang, tapi bila nak buat tu belum tentu nampak cantik. Nak mekap ni kena la tau struktur muka dan apa yang bersesuaian dengan kondisi muka kita. Bahan mekap kena la blend dengan betul, tak mo la nmpak garis-garis atau berbelak kt muka tu. Kalau kena gaya..fuh meletops..

Memetik pandangan jurusolek profesional, Eleena Lamat yang lebih lima tahun berpengalaman dalam bidang solekan berkata, solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.


Asas penjagaan Kulit
Samaada nak try mekap teknik yang baru, pastikan kulit wajah sentiasa bersih. Jangan lupa penjagaan asas kulit majah iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tanpa wajah yang bersih, mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mata

Kebanyakan wanita tercari2 tips-tips mekap untuk mata bagi menyerlahkan lagi mata mereka. Guna eyeliner yang natural contohnya coklat gelap ataupun kelabu, adalah satu contoh yang baik. Mata akan kelihatan tidak begitu garang berbanding penggunaan eyeliner hitam. Letakkan secara nipis je di atas dan di bawah garis mata. Ni kalau nak mekap nampak natural la..Kalau nk pegi kenduri ke majlis ke, nk kena mekap tebal skit la. Lain plak tips mekapnya.

Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.

Bagi mereka yang ada lingkaran gelap di bawah mata, anda disyorkan menyamarkan lingkaran tu dulu sebelum memekapkan mata. Gunalah concealer dari warm tone, yang akan menyamarkan kesan gelap tu. Letakkan concealer tu di bahagian bawah mata, seboleh-bolehnya bermula dari bahagian bawah tempat keluar air mata tu. Sapukan sampai ke bawah sampailah ke penghujung mata.

Lepas dah letak tu jagan lupa pulak belndkan dengan berus ke, sponge ke ataupun kalau nak jimat tu blendkan je dengan tangan.. boleh aje asalkan tak nmpak lingkaran putih plak kt bwh mata. Blendkan biar concealer tu sekata dengan kulit wajah. Kalau sesapa nk guna mskara ke, jgn lupa pakai yang waterproof, takut sat gi maskara palak yang buat lingkaran bwh mata..

Kalau ada sesiapa yang mata sembab tu, seboleh-bolehnya jgn pakai mekap kat mata tu tebal2 sangat. Letak eyeshadow nipis2 je, begitu gak dengan eyeliner. Ini boleh, mengurangkan tumpuan pada mata yang sembab tu td.

Akhir sekali, jgn lupa pakai kening tu. Kening yang tak terjaga, akan memburukkan lagi penampilan seseorang walaupun mekap bagai nak rak. Kalau tak tau cara nak rapikan kening, mintak bantuan pakar atau pun jika ingin lebih jimat, belajarlah untuk merapikan kening anda sendiri. Ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar jika anda tahu caranya. Jangan sesekali mencukur habis kening anda atau menjadikannya terlalu nipis, kerana sekarang ni dah tak jadi trend lg dah. Yang penting ia mestilah nmpak natural..

Mulut

Bagi mereka yang berbibir nipis, untuk mendapatkan visual bibir yang penuh (bkn tebal ye) bukan lah sesuatu yang sukar. Hanya perlu menggariskan bibir dengan menggunakan penggaris bibir dan besarkan sedikit bahagian bawah. Lepas meletakkan lipstik atau lip gloss, lrtakkan sedikit lip gloss yang sedikit terang dia bahagian tengah bibir bawah tadi. Jangan gariskan lip liner tu terlalu jauh dari garis bibir..nnti orang ingat badut pulak..

Dah dpat bibir yang meletop tapi susah pulak nak tahan lama.. caranya mudah saja, warnakan bibir dengan lip liner td dan apply lg sekali lipstik di atasnya.. lip liner bertindak sebagai gam dan ia pastinya dapat menahan lipstik dari tertanggal dengan lebih cepat..


Pipi

Jika ada orang cakap anda mempunyai tulang pipi yang timbul (kira cntik la tu) gunakan kelebihan yang ada dengan memberi keutamaan kepada bahagian itu. Ini adalah salah satu teknik yang senang di pelajari.

Gunakan warna peach bagi kulit cerah dan 'dull pink' untuk kulit gelap.







Tips untuk solekan

Terdapat pelbagai jenis bedak (powder) dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • Bedak Padat (Compact Powder)
  • Bedak Tabur ( Loose Powder)
  • Bedak Muka (Pressed Powder)

Pada kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.

Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna bedak yang sesuai serta tepat akan menghasilkan solekan yang cantik serta menyerlah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti natural dan honey. Namun anda boleh mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini secara personal bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda.


Alatan penting yang harus anda ada apabila melayangkan bedak di muka ialah berus besar! Ya, kebanyakan bedak disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan yang lebih sheer pada solekan anda. Span pula dapat memberi kesan yang lebih padat. Pada bahagian yang details seperti batang hidung serta sekitar mata berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan yang sempurna.


Setelah menyapu bedak, perhatikan semula adakah wajah anda benar-benar bersedia untuk ke langkah solekan yang seterusnya. Jika anda berasa tidak berpuas hati, anda boleh menggunakan bronzing powder atau alatan lain bagi melengkapkan sapuan bedak anda! Nah.. Sekarang wajah anda telah benar-benar menyerlah serta halus!

Ahad, 16 Ogos 2009

Tips Untuk Kulit

Kecantikan bermula dengan kulit muka yang cantik. Jadi sebelum makeup pastikan kulit muka anda bebas dari sebarang kekotoran. Tak kisah la jenama apa pembersih muka (tk penting tu) yang paling sesuai ianya serasi dengan kulit kita. Macm K.Iron, skang ni dok guna Nivea je. Tapi ok la..ok je stakat ni.

Pencuci Muka
Zaman skang ni tak mcm zaman dulu2. Sekarang ni kita ada banyak plihan, tak terkecuali pembersih muka. Pembersih muka ni ada dua kategori la, 'tissue-off cleansers' dengan 'rinse-off cleanser.

• 'Tissue-off cleansers' ni biasanya di rujuk kepada 'milk' dan 'cream' yang mana ada kandungan minyak la kt dalam dia. Nama pun dh ber'cream'. Kandungan berminyak ni la yang menyenangkan proses nak buang sisa2 mekap yang biasanya berminyak tu. Biasanya pencuci muka jenis ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan normal.

• 'Rinse-off cleansers' pula berasaskan air yang bergabung dengan bahan pencuci untuk menghilangkan segala kotoran degil tu semua. Jenis ni sesuai la bagi mereka yang kulit berminyak. Jadi cari la pencuci muka yang membersih tanpa mengeringkan kulit muka. Kadang2 ada pencuci muka tu, bila guna je rasa muka ni panas je. Yang tu baik tok sah guna. Cari yang seelok2nya kurang buih. Biasanya pencuci muka yang buih banyak tu la yang mengeringkan muka. Gel, 'Foaming cleanser' merupakan pencuci muka dalam kategori ni la..

Toner
Terdapat banyak salah fahaman tentang tugas atau peranan toner ni (ayat karangan la pulak).. Toner atau penyegar ni salah satu benda yang penting dalam proses pembersihan wajah. Kenanpa? Kerana ianya merupakan bahan untuk meninggalkan sisa2 yang tertinggal semasa membersihkan wajah tadi dan jugak menyediakan kulit muka kita untuk di letakkan pelembab.

Jika anda mempunyai kulit yang normal, kombinasi ataupun berminyak, anda boleh gunakan toner atau penyegar yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah. Dan jika anda mempunyai kulit disekitar normal dan kering, maka selok-eloknya gunakan toner atau penyegar yang bebas alkohol.

Pelembab
Pelembab ni fungsinya sebagai pertahan di antara kulit dan persekitaran luaran. Walaupun kulit muka kita akan menghasilkan pelembab secara semulajadi, tetapi, perlu di ingat. Semasa proses mencuci muka tadi, kita telah menghilangkan sebahagian daripada lembapan semulajadi kulit kita. Jadi kena la gantikan balik dengan menggunakan pelembab, tak gitu.

Pelembab asas mempunyai kandungan air dan bahan lain yang membantu untuk memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Ia juga haruslah di lengkapkan dengan bahan yang boleh memberi nutrient kepada wajah. Tetapi boleh dikatakan terdapat pelbagai pelembab di luar sana yang di lengkapi dengan pelbagai nutrisi untuk menyuburkan kulit wajah. Jadi pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian kulit.

Pastikan juga pelembab di lengkapi dengan sunscreen. Kerana zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu di mana penggunaan sunscreen tidak di titik beratkan. Dengan pencemaran yang semakin banyak dan lapisan ozon yang semakin nipis, tentu anda semua tak mahu terkena kanser kulit.. mintak simpang la..

Sekurang2nya pilihlah pelembab yang mempunyai SPF 15. Tapi ingat, pakai 30 minit sebelum keluar rumah, untuk pemyerapan yang maksima. Masa tu barulah agen pelindung boleh bekerja dengan sebaiknya..

Pelembab (malam) a.k.a night cream
Jangan lupa waktu malam untuk pakai plembab (krim malam). Yang ni kadang2 kebanyakan orang buat2 lupa. Kiranya krim ni nak 'rejunevate' balik la kulit muka tadi. Kalau sesiapa yang tak mo tua cepat tu, kena la amalkan langkah ni. Memang la liat kan.. dah la penat, otak pun dok asyik panggil tido..tido..

Tapi untuk kepentingan masa depan, buatla selagi termampu. Kalau boleh gunakan krim malam yang mempunyai agen untuk membuang sel2 kulit mati. Rasailah perbezaan kalau bangun pagi. Kulit wajah rasa lebih segar dan ceria.

Ini lah step2 yang perlu diutamakan dahulu sebelum kita nak makeup ni. Jangan pulak di sebabkan penjagaan kulit tak betul, kita salahkan mekap pulak bila muka tumbuh jerawat. Tu yang ada di antara kita yang tak suka mekap tu. Sebab ingat mekap punca jerawat. Apa yang penting jaga pembesihan kulit muka, itu yang paling penting.

Bila kulit muka bersih, senang nak applykan mekap dengan cantik..Lepas ni K.Iron akan bagi tips untuk solekan wajah plak ok.. semoga mendapat manfaat dari artikel ini..

Mekap Untuk Keyakinan

Kalau cakap pasal mekap ni mmg tak pernah habis.. K.Ironlady ni anggap mekap ni suatu benda yang wajib. Kalau nk pegi kerja mesti nak kena mekap dulu.. lewat macam mana pun mekap tetap on..

Kadang2 tengok ada sesetengah org yang tak berapa kisah sangat pasal mekap ni. mgkin diorang tak ada masa ataupun tak terbiasa. Tapi K.iron rasa mekap ni benda yang spatutnya kita utamakan terutamanya nak pergi kerja. K.Iron memang akui kalau tak pakai mekap, keyakinan diri tu ada sedikit berkurangan. Walaupun K.Iron akui bukannya hebabt sangat bab2 mekap ni, tapi boleh la.

Dulu, masa sekolah Menengah, K.Iron ni boleh dikatakan agak kasar skit la. Bedak pun tak pernah nak pakai. Emak ada la bagi bedak masa nak masuk sekolah (tingkatan 1). Sampai tingkatan 5, kiranya masa nak kuar sekolah, bedak tu tak luak pun (tetap dok simpan). Masa tu pencuci muka pon tak ada. Dok sental dengan sabun badan je. Nasib baik la kulit muka jenis ok..

Semuanya berubah lepas masuk matrik. K.Iron ada kenal member ni, kira kamceng la. Dia ni suka la mekap2 ni. Pas tu mula la belajar skit2 dengan dia. Masa tu mulala ada kesedaran skit pasl kecantikan diri. K.Iron dulu kuat bersukan, kulit muka tak tau la nak ckp mcm mana. Gelap dan kelam tak tau la nak ckp. Ye la bersukan tiap2 hari, tp sunscreen pun tak pakai. Lps tu ada member ni sorang perkenalkan krim safi. Masa tu kira di bawah bajet la..ok la. Tapi krik safi ni, walaupun murah tapi kesan sdia boleh nmpak la..

Sejak kenal dua orang member ni la, baru la rasa macam seorang wanita. Teknik2 mekap K.Iron belajar satu persatu, dari majalah. Masa tu mana la ada duit lagi nak beli buku atau pegi kelas belajar mekap. Masa tu K.Iron hanya buat yang basic saja la.. pakai pelembab, pas tu krim dan bedak. Gores kening skit dan pakai lipstik. Tu je..Tapi masa tu dh rasa vouge semacam dh.

Lepas tu k.Iron tengok la plak orang cina dok pakai blusher. Muka diorang ni berseri semacam. Lepas tu apa lg pg beli la. Tapi masa tu tak pergi cari kat kedai mahal2 la, student lagi kan? Beli la kt kedai Sinma dengan harga 5 ringgit. Masa tu baru nak pakai, guna berus kecik yang ada kt situ. Apa lg, kesan dia tak elok, tak rata. Pas tu pergi lak cari berus besar untuk pipi punya. Lama2 tu memang la mcm clown skit..tp lepas dah terbiasa dan dah pelajari teknik tu, kesan dia ok. Ramai gak yang dok puji, muka nmpk berseri.

Lepas abis U, pergi kerja kilang skejap. Masa tu biasa la..minah kilang lg la pandai bab solek-menyolek ni. Tapi kebanyakan diorang pakai yang basik je..bedak, kening ngan lipstik. Masa tu ramai gak member kilang yang tanya pasal apa muka berseri2. Pas tu K.Iron ckp la pasl blusher, pas tu diorang pun pkt beli. Pas tu tengok amai lak member kilang yang muka kemerah-merahan..ni mesti penangan blusher ni.

Lepas pada pakai blusher ni, rasa tak puas hati la..nak upgrade lg muka ni. Bagi nmpak elok skit. Mana tau kot lepas ni lekat ke pakwe sorang..ki..ki. Lpas pada tu mula la tringin nak pakai eye-shadow pulak. Beli la satu set, rasanya jenama Cameleon, ada gak jal kt Sinma tu. Dalam tu smuanya ada. Eye-shadow, blusher, bedak..tapi K.Iron dok guna blusher ngan eyeshadow je. Mula2 guna tu mmg la tak tau kan. Tapi biasala..mula2 pakai satu kaler je. Tak tau nak apply macam mana..

Pas tu belek punya belek kt majalah, nmpak la tutorial pasl nak apply eye-shadow ni. Tapi K.Iron tak suka yang tebal2 sangat. Cukup yang nmpak natural je. Tak sangka plak nak kena apply base dia dulu. Jadi smuanya nak kena apply tiga shade colour. Lepas pada tu memang k.Iron nak pegi mana2 mesti siapkan smua, dari kening, mata, pipi dan mulut. Baru puas hati nak keluar.

Tapi K.Iron rasa, ramai lg kat luar sana nk mekap tapi tak tau caranya. Untuk para surfer smua, K.Iron akan cuba sedaya upaya untuk mencari maklumat pasal mekap ni. Semoga kita sama2 berubah menjadi wanita yang berkeyakinan..Yakin boleh!

Jumaat, 14 Ogos 2009

TEMPLATE BAJET

Khamis, 13 Ogos 2009

Tips DIY Mencegah Rambut Beruban

Teradapat banyak cara di luar sana yang boleh digunakn untuk mengelakkan rambut beruban ni. Tak tau la keberkesanannya. Tapi apa salahnya mencuba dulu kan??

1.Bila rambut anda terang beruban, tentu saja pening kapla dok pikir hari, macamana nak bg hilang. Tapi jgn dok fikir banyak sngat, nanti lagi cepat tumbuh ubannya. Tetapi tak perlu resah, semuanya boleh dicegah dengan cara yang sederhana tetapi sangat mujarab. Ambil kelapa hijau sebijik..kalau ada dua tiga bijik lg la bgus.

Jika diteliti,dalam air kelapa terdapat berbagai vitamin yang di perlukan tubuh manusia. Sebut saja vitamin C, asam nikotinat, asam pantotenat, asam folat, biotin, riboflavin, dan sebagainya. Jadi jelaslah bahwa air kelapa mengandung unsur makro dan mikro yang cukup lengkap.

Berbalik kepada petua tadi,ambil airnya saja dan tambahkan garam sedikit, lepas tu, embunkan semalaman.Esok harinya ambil dan pakailah untuk mencuci rambut. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut, dan buktikan hasilnya. Tapi kalau nak buat sebulan pun apa slahnya, lagi baguskan?

2.Zaman sekarang ni, uban menyerang rambut manusia tidak pandang bulu, remaja pon banyak yang dah ada uban. Ingat dulu waktu sekolah, ada sorang senior tu, baru umur 16 tahun, penuh satu kepala uban dia. Kesian pun ada, dh la pompuan. Tapi nak buat mcmana kan, bukan dia hndak macm tu. Salah satu cara mengatasi rambut beruban adalah dengan petua kecantikan ni: ambil daun rambutan muda yang ditumbuk, tambah air sedikit kemudian diperah dan disaring. Oleskan air perahan itu pada rambut, tunggu sampai kering lalu bilas dengan air dingin. Yang ni kena buat selalu la.. jgn pulak baru dua tiga hari dah nak nmpak hasil. Tu dah melampau..kalau nk hsil cepat, apa lagi warnakan je la..


3. Tetapi, masalah uban ini tidak ada yang mampu mencegah kemunculannya, bila sudah menjadi kehendak Tuhan. Namun, Tuhan memberikan kebebasan untuk berikhtiar, agar dapat mengatasi kesulitan-kesulitannya, termasuk mencegah tumbuhnya uban sebelum waktunya

Caranya :
Di sini kita memerlukan hati ayam 2 potong, ragi kueh 2 sudu teh dan kicap secukup rasa (nak letak kt kepala ke?) ai jgn mudh melatah..baca dulu sampi habis..

Mula2, hati ayam dipanggang, seperti sate, kemudian campurkan dengan ragi kuih tadi sebanyak 2 sudu teh. Letak kicap secukupnya, perap sekejap. Setelah 15 minit kemudian baru ladimakan. Lakukan kebiasaan makan hati ayam ini setiap dua atau tiga hari. Insya Allah uban di kepala tidak akan muncul.

4.Pakailah air santan kelapa, kelapa parutnya juga diambil sedikit dan dicampurkan dengan santan tadi, tambahkan air nenas, air jeruk nipis. Pakailah di kepala ras ramaskan kulit kepala seminggu sekali. Ia bukan saja dpt mengurangkan uban yang keluar, tetapi juga menyuburkan rambut.

5.Biji betik juaga dikatakan bermanfaat dalam mengatasi rambut beruban sebelum waktunya. Biji betik yang mengandung glucoside cacirin dan karpain diketahui bermanfaat untuk menghitamkan rambut.Caranya mudah saja, ambil lebih kurang segenggam biji betik, tumbuk hingga halus. Tambahkan 1 sudu makan minyak kelapa, kacau rata. Oleskan rata pada rambut, biarkan selama 1-2 jam. Cuci bersih rambut. Lakukan 1 kali seminggu untuk melihat hasilnya.

Ini adalah antara beberapa petua. Mungkin ada banyak lagi, dan akan di tambah dari masa kesemasa.

Bagi anda yang memang tak larat untuk melakukan semua petua2 ini, ada beberapa pilihan barangan yang boleh anda dapati di kedai2. Bagi anda yang sntiasa sibuk, kedai online juga ada menawarkan sesuatu yang mungkin bersesuaian dengan anda.

Saya telah meneliti di beberapa kedai online, dan salah satu barang yang mendapat perhatian pengunjung dan pembeli ialah krim uban USHINE. Di datangkan dalam dua saiz iaitu 100g yang berharga RM 60 dan 50g yang berharga Rm 35.

Bagaimana krim USHINE bertindak?
Krim Ushine bertindak dalam beberapa cara untuk menyelesaikan masalah uban anda:


1. Bertindak menghilangkan dan menstabilkan struktur molikular di permukaan kulit kepala yang mengumpul minyak dan sebum. Secara tidak langsung, folikel rambut akan tumbuh dengan lebih baik dan natural. Minyak dan sebum, jika di biarkan akan membuatkan folikel rambut tersumbatdan inilah puncanya kepada masalah rambut gugur dan kelumumur.

2. Mikro nutrien yang terdapat di dalam krim uban USHINE akan di srap oleh lapisan kulit kepala dan seterusnya oleh folikel rambut. Vitamin dan asid amino yang ada akan merangsang pigmen rambut untuk menghasilkan lebih banyak melanin yang membantu mengekalkan rambut hitam.

3. Krim uban USHINE membantu kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut untuk mengeluarkan minyak secara semulajadi dan seterusnya merangsang kapilari darah membekalkan oksigen kepada rambut. Rambut akan menjadi kuat dan tidak lagi putus bila minyak dan oksigen mencukupi.

Kelebihan dan keistimewaannya:
  • Harganya mampu di beli semua golongan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita seusia umur 12 tahun
  • Tersedia dalam tiub yang mudah digunakan
  • Merawat masalah rambut beruban
  • Merawat masalah kelumumur
  • Berkesan dalam tempoh masa yang singkat
  • Di kilangkan di Malaysia dan HALAL
  • Hasilnya kekal
Testimonial

Pahang
Seorang guru SM Sultan Abu Bakar, mempunyai uban genetik sejak belasan tahun berjaya di pulihkan sehingga 80% selepas menggunakan krim uban USHINE selama hanya 3 minggu.

Kedah
Seorang pelajar berusia 12 tahun mengalami masalah uban penyakit, kulit kepala gatal dan keguguran rambut. Menggunakan krim Ushine selama hanya seminggu, masalah gatal kulit kepala berkurangan, selepas 2 minggu, rambut tidak lagi gugur dan selepas 6 minggu, rambut baru yang berwarna hitam mulai tumbuh.

Dungun, Terengganu
Seorang lelaki berusia 65 tahun, menghadapi masalah uban kerana faktor usia dan keguguran rambut hingga menyebabkan botak. Selepas menggunakan krim uban USHINE selama 2 bulan, rambut mulai tumbuh di bahagia tengah kepala dan rambut yang tumbuh berwarna hitam.

Negeri Sembilan
Seorang wanita berusia sekitar 40an, mengalami masalah rambut gugur yang amat serius. Setiap kali bersyampoo dan bersikat, rambut akan gugur. Telah menggunakan krim uban USHINE dan selepas 5 hari, rambut yang gugur berkurangan dan dapat di nilai jelas sewaktu bersyampoo dan bersikat. Masih dalam tempoh rawatan.

Melaka
En. Mohd Najib, Melaka (014-2527861)
Mula beruban sejak tahun 1995 kerana menggunakan pelbagai jenis minyak rambut. Juga mengalami masalah kelumumur yang berkeping2. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, uban semakin banyak, sedangkan usia baru 45 tahun. Selepas menggunakan krim uban USHINE, rambut kembali hitam dan masalah kelumumur juga hilang.

Di atas adalah beberapa tetimonial bagi pngguna USHINE yang di petik dari gedung membeli belah online Malaysia iaitu JOMBeli.net. Ada pelbagai barangan lagi yang mungkin dapat memberikan penyelaian kepada masalah ini. Hanya pergi kebahagian produk kesihatan dan klik pada masalah rambut. dan anda akan di bawa kepada beberapa pilihan barangan penjagaan rambut termasuk krim uban USHINE ini.

Bagi anada yang masih lagi tercari2 petua tradisional, bolehlah mencuba petua yang di lampirkan dan bagi mereka yang sibuk dan mencari penyelesaian segera, bolehlah mencuba krim uban USHINE atau pun apa2 produk di luar sana.

Mencegah Rambut Beruban

Rambut beruban sebenarnya disebabkan kekurangan melanin di dalam folikel rambut. Kekurangan melanin disebabkan faktor peningkatan usia atau sudah tua. Namun sekiranya rambut mula beruban semasa usia muda, ini disebabkan faktor genetik. Mungkin ibu bapa atau datuk nenek dulu pernah beruban semasa usia muda. Bukan salah ibu mengandung.

Biasanya, semakin kita semakin tua, sel2 di bawah folikel rambut akan mula mati dan akhirnya akan menyebabkan kehilangan warna hitam pada folikel rambut tersebut..uban la tu. Biasanya tak ada apa yang dapt kita lakukan, kerana factor genetic lerupakan salah satu punca terjadinya uban. Kalau keturunan kita lambat beruban, bolehla tarik nafas lega, tapi kalau mak ataupun ayah kita cepat beruban, kemungkinan kita pun sama la, hu..hu

Walaubagaimanapun, kita tetap mempunyai pilihan. Kita boleh menerima situasi itu seadanya, ataupun banyak kedai2 yang menawarkan pelbagai jenama pewarna rambut.


Tapi, perlu diingatkan, beruban tu tak semestinya buruk jika kena gaya, tengok saja Annie Lennox yang merupakan penyanyi tersohor.

Lelaki pula kita boleh ambil contoh Goerge Clooney dan sudah tentulah Richard Gere. Masih lag Nampak tampan dan menarik dengan rambut ‘siver’ mereka tu..

Ada sesetengah percaya, anda boleh melambatkan proses rambut beruban ni dengan berhenti merokok ( memang telah dibuktikan bahawa merokok akan mempercepatkan lagi proses terjadinya rambut berubah setelah proses itu berlaku) dan mendapatkan tidur yang mencukupi. Tapi kebenarannya ialah, bila proses beruban terjadi, ia tidak akan berhenti. Mungkin dalam 10-15 tahun rambut anda akan menjadi putih sepenuhnya.

Malangnya dalam masyarakat kita, kita telah diberikan tanggapan bahawa uban itu memalukan terutamanya kaum wanita. Jadi kebnyakan wanita yang mengalami rambut beruban akan merasa rendah diri. Mungkin bagi kaum wanita islam yang bertudung perkara ini dapat di lindungi dengan bertudung, tetapi ia tetap menjadi satu isu yang besar. Jadi selagi mampu, kita akan menutupi kekurangan itu.

Salah satu bahan semulajadi yang boelh menutupi rambut beruban (dan halal gitew) ialah penggunaan inai. Inai setakat ini merupakan bahan yang paling sesuai dan selamat untuk mewarnakan rambut dan ia juga menambahkan kelembutan pada rambut. Inai datang dalam pelbagai warna iaitu hitam, coklat dan juga merah. Jadi anda mempunyai banyak pilihan kan? Sekarang, kebanyakan inai juga di datangkan dalam warna coklat muda dan juga perang muda, kalau anda ni berjiwa muda, boleh try la.

Setakat ini, mewarnakan rambut adalah salah satu cara terbaik untuk menutupi uban, malangnya ia hanya bersifat sementara. Tetapi kelebihan ini adalah, ia akan pudar perlahan2 dan anda tidak akan perasan akan perubahan yang berlaku. Ada juga para penyelidik yang mendapati vitamin B dalam jumlah yang besar memberikan sedikit kesan, tetapi ia tidak dapat di buktikan sepenuhnya lagi.

Apa yang penting adalah mengekalkan rambut yang sihat- samada anda beruban atau sebaliknya. Sentiasa bersenam kerana melalui senaman lebih banyak oksigen akan di angkut dalam darah dan juga sel2 lain dalam badan, termasuk folikel rambut.

Jangan biarkan warna rambut (beruban) merubah personality anda. Terimalah ia seadanya dan nikmati la hidup anda dengan positif.

Takut untuk mengatakan tidak?

Smalam tengok lg Oprah.. kali ni pasal penggunaan kad kredit..dan juga pasal tabiat suka mintak tolong dgn anak branak ni. Kita klau kt M'sia ni, klau mntak tolong dengan adik bradik tu perkara biasa la. Biasa la, akan ada tetamu yang volunter masuk rancangan ni. Biasanya oprah akan cari sorang pakar la untuk handle apa saja masalah tetamu dia.

Yang buat k.iron tabik orang Barat ni la, diorang tak malu nak mengaku kesalahan. Siap masuk tv lg tu. Bknnya sorang yang tengok keaiban diorang, tetapi berbilion2 penonton tengok..alahai melalut la plak..isi tak kuar pun lagi..

Nak di jadikan cerita, ada la si polan ni, suka menyusahkan kakak dan mak dia. Duit gaji belambak, tapi tu la, berbelanja ingat tak ingat.. last2 hujung bulan mntak duit kat mak dengan kakak dia. Dah lah dok menyewa kat rumah kakak dia, janji bila dapat gaji nak bayar, tapi last2 janji tinggal janji..bkn stakat tu saja, siap pnjam duit lagi, tu yang buat lagi haru tu..

Last2 bkan stakat dia je yang pokai, tapi dia seret mak dgn kakak dia skali. Di sebabkan tak tahan dh dengan si adik ni, kakak dia pun mintak bantuan Oprah. Ha..ha..msuk tv la lps tu. Si Oprah ni pulak mintak bantuan pakar kewangan, Suze Orman untuk bagi nasihat dekat si adik tu.. Lps tu si Suze Orman ni pun terjah la rumah mereka.

Apa yang menghairankan bukannya si Suze ni kondem si adik, tapi dia mrh dkt mak dgn kkk si polan ni sebab bg bantuan. Memang! di sebabkan syang kita mesti nk tolong adik-beradik kita kan? Tapi masalahnya sekarang (suze ckp la), pertolongan tu lah yang membuatkan si adik tu lg bermasalah. Sampi tak tau nk menguruskan diri dan juga kewangan dia sendiri..

Lps tu si suze pergi rumah sewa si adik ni.. mula2 dia msuk, dia nmpak satu set home theater. Lpas tu msuk skit, dia tengok alat senaman, tak guna pun, dok simpan dlam kotak. Dah la tak cukup duit, selalu pinjam duit, sempat lg beli brg2 'kemahuan'. Suze tanya kakak dia, apa perasaan dia tengok adik dia sempat lg beli benda2 alah tu. Kakak dia ckp dia marah la.. ye la, duit sewa rumah tak bagi..ckp tak de duit. Tapi benda yang tak perlu, blh plak beli. Di sebabkan adik dia slalu memnjam duit, menyebabkan kakak dia berhutang kad kredit sebanyak 20,000 Dolar dan mak dia kehabisan wang pencen. Yang si adik ni pulak bila di tanya sedar ke tidak perbuatan dia ni, dia ckp tak tau pun slama ni dia mnyusahkan mak dan kakak dia..ada ke patut!!

Si Suze ckp, senang je kalau nak tahu perangai ataupun peribadi seseorang tu.. kalau dia pandai menguruskan duit, bermakna dia seorang yang terurus. Jika dia tak pandai uruskan duit, bermakna dia mmg tak pandai uruskan diri, kucar-kacir la orang cakap.. Tapi betul jgk apa yang dia ckp.. Dia pergi msuk dapur si adik tu, tak tau la nak ckp apa, bersepah2..dengan kuali tak bsuh, pinggan letak merata2. Dah la barang tu semua beli mahal2, tapi tak tau nak jaga.kena lecture ngan Suze la..

Lps abis sesi lecture-melecture tu, si Suze pun beralih la ke sessi pertolongan. Dia ckp masih ada harapan lagi nak tolong si adik ni. Tp yang penting dia ckp, si adik ni kena lbih bertanggungjawab. Lps tu dia buat satu surat perjanjian, di mana mak dgn kakak dia dh tak boleh bagi duit atau apa2 bantuan kewangan. Siap sign lg surat perjanjian tu. Lps tu si Suze suruh kakak dia jual rumah dan pndah ke tempat lain. Si adik pulak, si Suze sruh dia sewa apartment. Biar dia bertanggungjawab skit. Ye la dgn org luar, segan la skit nak tangguh bayaran sewa, kan.

Mungkin episod akan datang, si Oprah akan tengok perkembangan keluarga ni. Harap2 si adik akan berubahlah. Sampi bila nk menyusahkan hidup orang lain, tambah2 lagi keluarga kita. Ye la mereka pun ada kehidupan mereka sendiri kan..

Moral daripada kisah ini ialah, kita kena lebih bertanggung jawab pada diri kita sendiri. Klau kita katakan tidak, bukan bermakna kita tidak sayang.. ya betul, kadag2 perasaan sayang membuatkan kita takut untuk mengatakan tidak. Tapi kdg2 pertolongan kita bukannya membantu, tapi memburukkan keadaan. Yang paling penting, kawal kewangan kita dengan betul, jgn sesekali berbelanja di luar kemampuan kita. Beli apa yang perlu sahaja..dan bukan yang anda mahu.Ingatlah, apa yang anda belanja pada hari ini, akan memberi kesan pada masa depan..

Isnin, 10 Ogos 2009

Menabung untuk bergaya?

Menjadi ibu kepada 3 anak ni bkn mudah. Kiranya duit gaji hanya di peruntukkan untuk diorang je..Tapi kita ni sebagai kaum wanita ni nak kena bergaya jugak kan? Tapi k.iron ada cara tersendiri untuk membajetkan duit bulanan khas untuk pg shopping..yahoo..

Salah satu caranya, kita kenalah setkan goal, orang melayu kata matlamat. Mula2 k.iron pegi kedai 5 hinggit.. cari tabung yang kiut-miut.. kalau ada tabung kiut baru la ada smangt skit nak mnabung. Biasanya k.iron simpan singgit shari.. mula2 kena smpan skit2 dulula.. takut kalau simpan lebih sat g, prbelanjaan kita plak yang lebih dari anak2, ini sudah melampau!! Sronok, kdg2 tak sabar nk buka tabung nk kira duit, padahal baru beberapa hari..hmm

Biasanya hujung bulan, lps dpt gaji la.. k.iron takkan guna duit gaji untuk shopping baju. tapi guna duit tabung td la.. bajet untuk baju.biasanya k.iron tak set yang mahal2 la.. cukup kalau dapat sehelai kemeja bawah 25 hinggit.. tp k.iron lebih suka shopping waktu sale.. ye la, kalau dpat one day sale lg berbaloi.. biasanya parkson, Jusco, suka buat 1 day sale ni.. k.iron biasa pg waktu ni la.. kdg2 dpt beli baju yang berjenama dengan harga murah.. ye la ari tu k.iron beli baju kt hubby..(guna duit tabung tu).. jenama padini..harga asal RM 109, tp lps less 70%, dpt 32.70.

Berbaloikan..bulan depan habuan k.iron la plak..tp k.iron tak kisah, baju yang tak berjenama pun jadi. Hubby td k.iron beli kkhas utk brthday dia.. bg yang ada jenama skit (walaupun murah..hu..hu) nak buat cam mana. k.iron ni bkn la berduit sangat.. org ckp ukur baju di bdn sndiri. kalau dh tak berduit buat cara tak berduit..Kadang2 k.iron beli je kt giant..ada satu time giant akan buat clearance sale. Baju yg biasa jual Rm 30, diorang jual Rm 10. K. iron pun sapu la 1-2 helai.. Tapi kena btul2 pilih la..jgn main sapu je.. Pilih yang kualiti yang elok skit la.

Kadang2 bila pg opis org smua puji, baju cntik.. tp diorang smua tak tau k.iron beli yang murah time clearance saje..hi.hi. Kalau kt Tesco pun sama.. Ada jgk baju yang mahal2, tp kena tunggu waktu sesuai, dekat time raya ke, cuti sekolah ke, megasale ke, sure diorang akan turunkan harga punya..Parkson, Jusco pun mcm tu jugak..

Biasanya setiap bulan k.iron akan tambahla 5 hinggit hasil duit tabungan tu.. kalau ada yang lebihan...akan carry forward la..mungkin kalau ada lebih, bleh bayar duit tempahan baju lak. ye la, kan dh nak raya ni.. Raya ni lg la, mcm2 nak buat, kalau ada duit tabungan ni, at least ada la duit lebihan. Kiranya bulan ni tak leh menyoping lg la.. Nak kena smpn dua bulan berturut2, habuan baju raya..!

Bagi sape2 yang dh ada ank tu. Masa ni la nk mengajar anak menabung.. Ala bg la diorang 20 sen shari ke.. bg diorang seronok.. orang kata kalau nak melentur buluh tu biarlah dari rebungnya. Pas tu duit yang diorang simpan tu bolehla beli mainan ke. Barula diorang akan seronok nk menabung. Kita seronok, diorang seronok. Beli la tabung yang kiut-miut kt diorang pas tu bg nama. Buat diorang sayang kt tabung tu, mesti diorang akan slalu nk msukkan duit..(habis la syiling mama lps ni..he..he).

Tape la..yang penting kita smua berjimat cermat.. jgn plakk nnti tua2 baru nak menabung..dan satu lg berbelanja tu berpada2..slalu buat perancangan perbelanjaan,ukur baju di badan sndiri, dan jgn suka berhutang..

Khamis, 6 Ogos 2009

Mai la kita jimat elektrik

Ari tu kak i.lady tegok oprah..suka sgt rancangan ni..penuh dengan informasi. Skang ni kan Amerika tengah dok gawat, jadi banyak topik2 penjimatan yang amat sesuai dengan jiwa ironlady yang tengah cari jalan nak berjimat-cermat nih...ki..ki..

Ada satu isu yg ironlady tertarik ialah pasal penjimatan elektrik.. ada sorang pompuan ni la dapat jimat berpuluh2 ringgit bayaran elektrik bulanan dia.. bkannye dia guna alat ke apa.. pas tu besala si oprah ni pun korek resia dia la.. dia pun ckapla dia lpas guna brg elektrik, dia tarik plug.. ye la, dia cakap arus elektrik dok mngalir lg, walaupun kita dah off suiz.. tp dari segi dia crite tu, bil elektrik dia dari bratus2 ringgit trus jadi berpuluh2 inggit jer.. bayangkan brapa pnjimatan yg dia dapat..

Kak I.lady ni br je msuk umah baru bln 3 ari tuh.. masa tu klengkapan elektrik tak de la bnyak sgt.. kipas siling, peti ais, mesin basuh..yang tu je la.. bulan 4 trima bil.. mak ai.. Rm 50+ . Pas tu dok sbulan kt umah br tu tringin nk pkai periok letrik.. slama nih msk nasi guna dpur gas je.. bkn la psl nk sep ke apa.. tapi dulu kak I.lady tak keje lg.. bajet tak de utk brg2 ni smua..Pas tu nmpak lak bekas msk air yg buleh tekan2 tu..beli la skli..ye la anak2 yg kecik ramai.. snang skit la nk buat susu pagi2 buta..beli termos asyik kena baling dgn si kecik tu je..Tup2 bil bulan depan dh naik jd RM 60+..

Lps pada ari tu, ironlady try buat ikut ajaran dlm rancangan si Oprah tula.. sbelum g kerja ironlady pastikan semua suiz ditutup..masa tu ironlady malas ngat nak bukat plug.. sbulan lps tu ironlady dpt bil.. daripada elektrik 50+ dh jadik 40+.. sronok la.. ps tu ironlady daftar akaun kt tnb.. ye la kalau daftar kt tnb ni kita buleh tgok data2 bil elektrik kita yang sbelum2nya..

Kalau tak caya tengok la graph kt sbelah..Graf ni kak ironlady amik dari web tnb..yang graph paling tinggi tu masa kak ironlady beli periuk nasi ngan bekas masak air (24 jam)..ntah org pggil apa ke benda ntah..yang terakhir bil elektrik adalah bulan 7 ari tu.. RM 37.55.. Graf yang paling tinggi ialah Rm 60.63.. Jadi kak Ironlady dah dpt jimatkan sebanyak..Rm 23..

Lps tgok bil dh mkin kurang, ironlady tringin pulak nak lebih jimat..rajin diri la dalam masa sbulan tu.. pas tu bleh kata tiap2 hari sbelum g kerja, bkn stakat off suiz, tp ironlady siap cabut plug.. tp kdg2 tu kantoi gak..lupa nk tarik plug.. tp rajin dh la berbanding dulu2.. skang ni plug tv pun kak iron tarik skali..Bulan 8 ni kak iron nk tgk bil lg skali.. tgok ada penurunan ke tak..

Lagi satu tip ialh dengan menukar lampu kepada jenis yang energy saving. Memangla mahal berbanding mentol biasa, tetapi kita semua inginkan penjimatan dalam masa yang panjang, bukan? Lampu energy saving ni hanya guna 10 watt je berbanding lampu biasa 40-100 watt.


Ni la rupanya lampu yang energy saving nih..




Bagi sesiapa yang nk guna econ tuh, pastikan bilik smua telah di'insulate' betul2. Sebab kalau kita set suhu, kalau ruang bocor, makin banyak power cycle diperlukan untuk capai suhu tersebut..ameen

Kalau sape yang pakai TV or Computer tuh (bagi yang mampu la), lebih baik gunakan LCD, kurang power dari jenis CRT iaitu TV gebok yang biasa tuh ..

Kalau ada duit lebih tu, pakai electrical timer, set masa dan limit penggunaan....tak ada lampu terbiar menyala tak ada orang.. Lagi satu, jangan terlalu banyak buka tutup peti ais.. sebab memerlukan banyak power untuk capai setting temperature..

Bagi sape yang guna mesin basuh tu, jangan basuh baju sehelai untuk satu load washer..dh la membazir elektrik, air pon di bazirkan jugak.. Tapela tunggu dua-tiga hari nk tuggu penuh pon, janji save elektrik..ok ape. Janji jangan dok rendam pulak dalam washing mashine tu sampi berhari2.. Letak la baju dalam bakul yang berlubang bagi mengelakkan baju berbau kalau tak basuh 2-3 hari. kalau washine machine yang pakai pakai motor, pastikan motor tak ada keluar bunyi2..kalau bunyi bising pi tukar cepat2..

Tapi kalau korang tak nka susah2 cabut plug bebagai, cubalah alat penjimatan elektrik yang sering orang dok guna. Kalau nak tau lebih detail pasal alat tu, klik di sini..

Rabu, 5 Ogos 2009

Kelebihan Dan Kekurangan Membeli-belah di Internet


Perkembangan teknologi hari ini memang menakjubkan. Jika tidak mahu ketinggalan kita juga perlu pantas mengejarnya dan mempelajari bagaimana memanfaatkan teknologi terkini. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.

Hanya menggunakan internet, segala- galanya menjadi mudah di hujung jari anda. Di Negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.

Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di Negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.

Selain itu, anda juga boleh meneliti barangan yang dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual barang itu atau membuat tempahan terus melalui online.

Jika anda belum berpengalaman dan ingin mengetahui bagaimana pembelian secara maya dilakukan, bacalah artikel ini sehingga habis. Mungkin ia dapat membantu, mana tahu satu hari nanti anda menjadi salah seorang ‘pelanggan online’.

Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing- pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.

Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di Negara kita. Ada juga laman web yang menyiarkan perakuan dan komen pembeli yang pernah menggunakan barangan itu. Anda boleh mempertimbangkan komen mereka sebelum membuat pembelian agar wang yang dikeluarkan berbaloi.


Kekurangan membeli di internet

Anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk memiliki barangan yang dibeli. Produk dari luar negara biasanya mengambil masa untuk tiba ke tangan anda. Tidak mustahil juga anda tertipu. Dalam dunia yang serba mencabar ini, ada sgelintir pihak yang mengambil kesempatan melalui internet dengan menjual barangan yang tidak berkualiti, barangan yang tidak berkualiti, barangan langsung.

Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terpedaya. Sebaiknya dapatkan maklumat mengenai syarikat berkenan. Sekiranya syarikat tempatan ia lebih mudah untuk membuat rujukan. Jika ada masalah anda boleh pergi terus ke tempat itu tetapi jika di luar negara mungkin sukar.

Lazimnya pembeli gemar meneliti, membelek dan mencuba sesuatu sebelum membeli, terutama pakaian bagi memastikan ia benar-benar sesuai dan selesa dan selasa digunakan. Sayangnya, membeli melalui internet tidak memberikan anda peluang ini.anda tidak dapat menyentuh sekadar membaca komen pembeli lain.

Kemungkinan barangan yang tiba itu rosak dan anda perlu menukarnya. Sudah pasti mengambil masa. Sebagai pembeli, pandai-pandailah, anda yang akan menanggung risikonya.

Cara Membeli di Internet
membeli di internet semudah satu dua tiga. anda hanya perlu kunjungi laman membeli-belah di internet, kemudian cari dan pilih barang pilihan anda. kemudian pilih cara pembayaran dan masukkan yang diminta dan semuanya siap.

bagi membeli di laman yang menawarkan harga barang pada harga lelong, anda diminta untuk menetapkan sesuatu harga pada barangan pilihan anda dalam beberapa jangka masa yang ditetapkan. keputusan pembelian akan diberitahu di laman yang sama. jika anda berjaya, lakukan langkah-langkah yang sama seperti cara belian di internet seperti biasa. tetapi jangan lupa untuk mencetak setiap dokumen atau borang yang anda isi di internet sebagai rujukan.

Cara Pembayaran
Terdapat beberapa cara pembayaran yang boleh diaplikasi dalam proses pembelian melalui internet. antara medium paling popular tentulah kad kredit. cara-cara lain ialah kad debit, cek, wire transfer dan kiriman wang (money order). pembeli juga boleh membuat pembayaran melalui paypal, iaitu perniagaan e-commerce yang membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh ebay.

Selain itu pembeli juga boleh melakukan pembayaran melalui google checkout iaitu pembayaran melalui online yang ditawarkan oleh google. pengguna boleh menyimpan informasi kad debit atau kredit mereka di akaun google mereka dan ia boleh digunakan di rangkaian kedai yang mengambil bahagian sahaja.

Tips Pembelian Selamat
terdapat beberapa tip yang perlu dititik beratkan tatkala membeli-belah melalui internet. pertama sekali pastikan anda membeli di laman yang selamat. caranya cukup mudah, pastikan alamat laman yang anda lawat itu dimulakan dengan https://, jika huruf "s" tertera selepas "http" itu menandakan laman web tersebut selamat untuk dikunjungi. kedua, pastikan anda mengkaji atau mengenali laman belian online yang anda kunjungi.

risik-risik testimonial yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini. pastikan laman yang anda kunjungi itu mempunyai alamat penuh dan sekurang-kurangnya satu talian telefon sama ada talian khidmat pelanggan atau talian pesanan. anda dinasihatkan untuk membaca polisi keselamatan laman web yang anda kunjungi.

kredit kad merupakan cara pembayaran yang paling selamat berbanding cara-cara lain. jika berlaku sebarang penipuan anda masih dilindungi di bawah fair credit billing act. anda juga diingatkan supaya tidak mendedahkan nombor keselamatan sosial (US) untuk mengelakkan identiti anda dicuri. jangan dedahkan atau berkongsi kata laluan kepada sesiapa termasuk rakan baik anda.

selain itu, cetaklah setiap dokumen pembelian yang dilakukan. ini penting sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang masalah ketika proses pembelian dan penghantaran. dokumen tersebut juga dapat membantu anda jika berlaku sebarang kerosakan yang memerlukan pertukaran.

Selasa, 4 Ogos 2009

Fakta tentang rambut

· Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai
rambut.

· Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang.

· 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat.

· Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran
rambut.

· 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, hampna yang bermaksud urut.

· Rambut orang African tumbuh dengan perlahan dan lebih rapuh
berbanding rambut orang Eropah.

· Rambut orang Asia tumbuh dengan cepat dan lebih kenyal
(tidak rapuh).

· Orang African dan Eropah lebih mudah botak berbanding orang Asia.

· Sehelai rambut boleh mengangkat beban sebanyak 100gm.
Ini bermakna, seluruh rambut di kepala dapat menampung berat 2
ekor gajah.

· Rambut orang Asia tumbuh lebih cepat dan lebih kenyal (tidak rapuh) berbanding orang Afrika dan orang Barat.

· Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

· Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.

· Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

· Uban terjadi kerana faktor usia, faktor genetik, faktor kesihatan dan faktor persekitaran.

· Merokok membuatkan rambut cepat beruban. Perokok memiliki risiko 4 X lebih cepat untuk beruban dan mengalami rambut gugur.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, ‘Champna’ bermaksud urut.

Rambut gugur, kenapa ya?

Ada pelbagai faktor menyebabkan keguguran rambut di kalangan wanita dan lelaki. Paling utama adalah stress selain kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak dan berkelemumur.


Kulit kepala juga terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekap akan menutup liang pada kulit kepala. Keadaan itu akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak (sebaceous glands) pada setiap folikel rambut. Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi yang menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat.

Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut yakni pada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut. Jika kapilari berkenaan tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menjadi punca rambut gugur.

Memahami Rambut Anda

Struktur Rambut
Rambut di buat dari struktur yang kuat yang dikenali sebagai keratin, iaitu sejenih protein yang sama yang menjadikan kuku dan bahagian luar kulit kita.
Setiap helaian rambut mempunyai 3 lapisan : yang paling dalam ialah ‘medulla’ yanghanya hadir pada rambut yang tebal. Lapisan tengah dikenali sebagai ‘cortex’ yang memberi kekuatan, juga warna dan testur pada rambut. Lapisan paling luar dikenali sebagai kutikal. Kutikal ini nipis dan tidak bewarna dan bertindak sebagai pelindung kepada ‘cortex’.

Struktur Akar Rambut
Dibawah lapisan kulit ialah akar rambut, yang ditutupi folikel rambut. Dibahagian bawah folikel rambut ini, ialah ‘dermal papilla’ yang yang dibekalkan dengan aliran darah yang membawa zat-zat untuk pengeluaran rambut baru. ‘Dermal papilla’ ini merupakan bahagian utama untukpertumbuhan rambut kerana ia mempunyai penerima bagi hormon dan androgens lelaki.

Kitaran Pertumbuhan Rambut
Folikel rambut tumbuh dalam bentuk pusingan. Satu pusingan boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

  1. Anagen (pertumbuhan). Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
  2. Catagen (rehat). Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
  3. Telogen (pertumbuhan semula). Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.

Fakta tentang rambut

· Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai
rambut.

· Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang.

· 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat.

· Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran
rambut.

· 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, hampna yang bermaksud urut.

· Rambut orang African tumbuh dengan perlahan dan lebih rapuh
berbanding rambut orang Eropah.

· Rambut orang Asia tumbuh dengan cepat dan lebih kenyal
(tidak rapuh).

· Orang African dan Eropah lebih mudah botak berbanding orang Asia.

· Sehelai rambut boleh mengangkat beban sebanyak 100gm.
Ini bermakna, seluruh rambut di kepala dapat menampung berat 2
ekor gajah.

· Rambut orang Asia tumbuh lebih cepat dan lebih kenyal (tidak rapuh) berbanding orang Afrika dan orang Barat.

· Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

· Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.

· Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

· Uban terjadi kerana faktor usia, faktor genetik, faktor kesihatan dan faktor persekitaran.

· Merokok membuatkan rambut cepat beruban. Perokok memiliki risiko 4 X lebih cepat untuk beruban dan mengalami rambut gugur.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, ‘Champna’ bermaksud urut.

Mengapa Rambut Gugur?
Ada pelbagai faktor menyebabkan keguguran rambut di kalangan wanita dan lelaki. Paling utama adalah stress selain kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak dan berkelemumur.


Kulit kepala juga terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekap akan menutup liang pada kulit kepala. Keadaan itu akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak (sebaceous glands) pada setiap folikel rambut. Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi yang menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat.

Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut yakni pada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut. Jika kapilari berkenaan tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menjadi punca rambut gugur.

Memahami Rambut Anda

Struktur Rambut
Rambut di buat dari struktur yang kuat yang dikenali sebagai keratin, iaitu sejenih protein yang sama yang menjadikan kuku dan bahagian luar kulit kita.
Setiap helaian rambut mempunyai 3 lapisan : yang paling dalam ialah ‘medulla’ yanghanya hadir pada rambut yang tebal. Lapisan tengah dikenali sebagai ‘cortex’ yang memberi kekuatan, juga warna dan testur pada rambut. Lapisan paling luar dikenali sebagai kutikal. Kutikal ini nipis dan tidak bewarna dan bertindak sebagai pelindung kepada ‘cortex’.

Struktur Akar Rambut
Dibawah lapisan kulit ialah akar rambut, yang ditutupi folikel rambut. Dibahagian bawah folikel rambut ini, ialah ‘dermal papilla’ yang yang dibekalkan dengan aliran darah yang membawa zat-zat untuk pengeluaran rambut baru. ‘Dermal papilla’ ini merupakan bahagian utama untukpertumbuhan rambut kerana ia mempunyai penerima bagi hormon dan androgens lelaki.

Kitaran Pertumbuhan Rambut
Folikel rambut tumbuh dalam bentuk pusingan. Satu pusingan boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

  1. Anagen (pertumbuhan). Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
  2. Catagen (rehat). Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
  3. Telogen (pertumbuhan semula). Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.

Kenapa rambut anda gugur, nipis dan botak?

Setiap rambut tumbuh dalam satu kitaran – ia tumbuh, berehat, dan kemudian gugur. Biasanya kitaran ini akan berulang dalam tempoh lebih kurang setahun. Pada satu-satu masa, hampir 90% rambut tumbuh dari kepala dan akan berterusan antara dua hingga enam tahun. 10% rambut pula akan berehat antara dua hingga tiga bulan. Selepas tempoh rehat, rambut akan melalui peringkat terakhir yakni mati atau pun gugur.

Keguguran sebanyak 50 hingga 100 helai rambut sehari adalah dianggap normal. Apabila sehelai rambut gugur, ia akan digantikan oleh rambut baru dari folikel yang sama. Rambut tumbuh pada kadar setengah inci sebulan. Rambut dibuat dari protein, bahan yang sama yang ditemui didalam kuku tangan dan kuku kaki manusia.

Terdapat beberapa sebab atau punca kenapa rambut gugur dan akhirnya botak :

Sakit atau Mempunyai masalah kesihatan. Keadaan Endocrine (hormonal), seperti penyakit diabetis yang tidak terkawal atau penyakit thyroid boleh menjadi penyebab kepada masalah pengeluaran rambut dan kehilangan rambut. Orang yang menghadapi ‘lupus’ juga akan kehilangan rambut mereka. Masalah hormon yang tidak seimbang juga menjadi punca rambut gugur dikalangan wanita terutamanya.

Ubatan-Ubatan. Beberapa jenis ubat-ubatan ternyata mengakibatkan keguguran rambut, antaranya ubat jerawat yang mengandungi isotretinoin. Ubat diet yang mengandungi amphetamines juga mengakibatkan rambut gugur. Selain dari itu ubat untuk kimoterapi kanser, ubat untuk kemurungan dan ubat untuk kurus turut menyebabkan rambut gugur.


Alopecia areata. Ini merupakan penyakit kulit yang menyebabkan keguguran rambut dikepala dan dilain-lain bahagian tubuh manusia. Hampir 1.7% di kalangan penduduk dunia menghadapi penyakit ini. Penyakit ini bermula dengan tompokan kecil di atas kulit kepala dan seterusnya menjadi semakin besar dan mengakibatkan kehilangan rambut secara keseluruhan. Walaupun begitu dalam jangka masa setahun rambut baru akan tumbuh semula. Malangnya di dalam kebanyakan kes, pesakit akan kehilangan semula rambut mereka.

Trichotillomania. Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong seseorang itu mencabut rambut mereka sendiri. Akibatnya mereka akan menghadapi masalah botak secara bertompok dan merosakkan akar rambut. Selain rawatan untuk mengembalikan rambut mereka, pesakit ini perlu diberikan kaunseling professional atau therapi kesihatan bagi mengelakkan mereka terus mencabut rambut mereka.

Rawatan dan pengayaan rambut. Selalu mewarnakan rambut, meluruskan rambut, mengkritingkan rambut akan merosakkan rambut dan menjadikan rambut putus dan rapuh atau kehilangan rambut secara beransur-ansur. Memakai cekak atau getah rambut dengan ketat juga akan memberi tekanan kepada kulit kepala dan akar rambut dan mengakibatkan keadaan yang dipanggil ‘traction alopecia’. Traction alopecia yang berpanjangan akan merosakkan folikel rambut dan membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan sempurna.

1. Pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang tidak sihat atau cara makan yang tidak baik menyumbang kepada masalah rambut gugur. Orang yang mengalami masalah pemakanan seperti ‘anorexia’ dan ‘bulimia’ sering menghadapi masalah rambut gugur dan botak kerana badan tidak mempunyai protein, vitamin dan mineral yang mencukupi. Kebanyakan atlit atau orang yang aktif di dalam sukan pula, menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk kehilangan rambut mereka kerana kekurangan zat besi.

Gangguan kitaran pertumbuhan rambut. Beberapa tragedi tertentu boleh merubah kitaran pertumbuhan rambut secara jangka pendek. Sebagai contoh, selepas melahirkan bayi, pembedahan, sakit yang serius, trauma atau terkejut. Memandangkan rambut memerlukan masa berbulan sebelum kelihatan panjang, seseorang itu tidak akan perasaan gangguan kitaran pertumbuhan rambut yang dihadapinya sehinggalah selepas beberapa bulan. Walau pun keadaan akan kembali normal selepas satu tempoh masa, rawatan adakalanya perlu dilakukan.

Androgenetic Alopecia. Di kalangan lelaki, ini merupakan punca biasa berlakunya keguguran rambut yang akhirnya menyebabkan botak. Puncanya termasuklah akibat horman yang dipanggil androgens atau pun disebabkan faktor genetik. Adakalanya kehilangan rambut bermula seawal usia belasan tahun. Orang yang mengambil steroid untuk membina badan juga akan menghadapi masalah ini. Rambut akan mula menipis dan botak dibahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala.