nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Isnin, 17 Ogos 2009

Tips untuk solekan

Terdapat pelbagai jenis bedak (powder) dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • Bedak Padat (Compact Powder)
  • Bedak Tabur ( Loose Powder)
  • Bedak Muka (Pressed Powder)

Pada kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.

Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna bedak yang sesuai serta tepat akan menghasilkan solekan yang cantik serta menyerlah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti natural dan honey. Namun anda boleh mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini secara personal bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda.


Alatan penting yang harus anda ada apabila melayangkan bedak di muka ialah berus besar! Ya, kebanyakan bedak disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan yang lebih sheer pada solekan anda. Span pula dapat memberi kesan yang lebih padat. Pada bahagian yang details seperti batang hidung serta sekitar mata berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan yang sempurna.


Setelah menyapu bedak, perhatikan semula adakah wajah anda benar-benar bersedia untuk ke langkah solekan yang seterusnya. Jika anda berasa tidak berpuas hati, anda boleh menggunakan bronzing powder atau alatan lain bagi melengkapkan sapuan bedak anda! Nah.. Sekarang wajah anda telah benar-benar menyerlah serta halus!

0 comments:

Catat Ulasan