nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Selasa, 30 Jun 2009

Panduan Untuk Kening Menarik

Untuk mendapatkan wajah yang kemas dan menarik, tidak memerlukan usaha yang banyak.. hanya dapatkan kening yang kemas dan rapi dan anda tidak perlu membuang masa untuk make-up yang tebal.. tetapi proses untuk membuat cabutan haruslah betul, untuk mengelakkan hasil yang tidak diingini..

Lagipun dalam islam hukum adalah harus kepada mereka yang ingin mengemaskan muka( temasuk membuang bulu kening yang bersepah). Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Terlebih mencabut bulu kening mnkin mengambil masa berbulan2 untuk tumbuh... dan mungkin akan menyebabkan penipisan kening secara kekal..mungkin anda semua tidak mahu ini terjadi bukan? lagi pun ternd sekarang adalah mendapatkan kening yang lebih semulajadi.. penggunaan pensil juga semakin ketinggalan zaman sekarang.. kita boleh lihat di televisyen sekarang, kebanyakan jurumekap banyak menggunakan 'eyeshadow' yang gelap dan di beruskan di kening bagi mendapatkan bentuk yang lebih natural.. agipun bagi sesiapa yang tidak biasa menggunakan pensil kening, ia akan mendapatkan kesan yang tidak semulajadi, jika pensil itu tidak di kawal dengan sebetulnya..anda tidak mahu wajah yang garang bukan??

Malaysia Web Hosting

Pertama, bentuk kening yang semulajadi haruslah mengambil kira hujung kening di pepenjuru mata sebagai penentu ukuran. Jadi sebelum mencabut bulu kening, lukiskan dulu dengan pensil bentuk yang diingini. Garisan ini menjadi penentuan untuk proses cabutan nanti.. perlu diingatkan, kita hanya mencabut bulu yang bersepah.. dan jangan sesekali mencabut sehingga nipis hingga menampakkan satu garisan. Pastikan bahagian tengah antara hidung lebih tebal berbanding bahagaian hujung kening..

Pilih 'twezer' yang mmpunyai cengkaman yang baik.. yang membolehkan anda membuat cabutan serapat2nya ke kulit.. dan pastikan keadaan kulit adalah bersih sebelum mencabut.. ye la bila membuat cabutan tu, kita akan menyebakan bukaan rongga.. jadi senang kuman nk 'serang' nanti.. jd bersihkan dulu kawasan cabutan dan pastikan ia bebas dr kuman..(basuh muka dulu sebaik2nya).. pastkan anda mencabut di kawasan yang terang dan jelas bagi mengelakkan bebanan pada mata.. ye la mata kena fokus lebih la klau tmpat gelap.. ambik masa dan pastikan cabut satu persatu.. regangkan kulit sedikit semasa mencabut..... dan jangan tarik arah berlawanan dengan pertumbuhan bulu.. kalu tak...klau tak, sakitnya..

Selepas cabutan ..pastikan kulit berehat.. maksud saya letakkan sedikit gel atau krim yang menyejukkan, ataupun klau sesiapa ada daun lidah buaya tu, sapukan sedikit lendirnya bagi mengelakkan kerengsaan.

Akhir sekali, anda boleh meletakkan gel kening ataupun petroleum jelly bagi mengekalkan bentuk kening dan anda boleh melangkah dengan lebih berkeyakinan..yahoo

Isnin, 29 Jun 2009

1O TIPS PENGURUSAN BERKESAN

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Oleh sebab itu la pentingnya anda mengemaskini data kewangan anda.Seboleh-bolehnya simpan data2 kewangan anda di komputer contohnya menggunakan microsoft excel. Data boleh disimpan dan di ubahsuai mengikut perbelanjaan bulanan.


3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.




Sumber: 3K
Bajet Oh Bajet

Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.

Walau sebanyak manapun gaji bulanan kita tapi klau tk uruskan dengan baik, kita akan dapati kita kesesakan, dari segi wanglah..bab kata pepatah sebesar mana periuk.. sebesar itulah isinya..

Kadang2 kita rasa klau gaji naik pasti dapt menolong sedikit sebanyak dari segi perbelanjaan. tapi bila sampi akhir bulan sama jugak keadaannya..contohnya diri saya sendiri.. bila mkin gaji bertambah, makin besar keinginan untuk berbelanja.. pntang ada sale.. mula la gatal tangan nk kluarkan duit.. inilah masalahnya klau kewangan tak di rancang dengan betul..

Jika kewangan tidak dirancang pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistem. (mcm saya la..hu..hu)

Malaysia Web Hosting

Sesiapa sahaja, jika pendapatan diuruskan dengan bijak kedudukan kewangannya adalah berkeadaan baik atau stabil. Sebab itulah saya mengambil langkah untuk merancang perbelanjaan saya sendiri.. harap2 lepas ni segala hutang lapuk akan di langsaikan la..

Di sini saya ingin berkongsi template yang yang boleh menguruskan perbelanjaan bulanan.. harap mklumat yang di sampaikan berkesan dan boleh menolong anda.. dan juga saya semestinya...

sesiapa yang berminat untuk mendapatkan template microsoft excel, sila postkan alamat email anda.. saya memberikan maklumat ini secara percuma..


Ahad, 28 Jun 2009

Kongsi maklumat

Cubaan pertama untuk hari ini.. macm org lain jgk, saya ni dlm proses untuk mendalami apa yang dinamakan blog.. sememamngnya pada hari ini, blog merupakan satu fenomena. klau sesiapa yang tidak mmpunyai blog boleh di katakan sedikit terasinglah..

kdg2 nak menaip smbil mengeluarkan ide, bkn lah sesuatu yang mudah.. rasa mcm nk amik priksa buat karangan bahasa melayu plak.. tp bab kata pepatah alah bisa, tegal biasa.. sebenarnya.. tujuan saya melahirkan karya(blog) ini hanya satu.. untuk berkongsi mklumat dengan rakan2 internet yang lain..

saya sebenarnya lebih berminat untuk berkongsi pengetahuan tentang kewangan.. samada bagaimana untuk menyediakan bajet yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah, bagaimana untuk bergaya dengan bajet yang rendah dan sebagainya. Boleh di katakan blog ini ingin mengupas tentang cara hidup yang tidak berlebihan..maksud saya dari segi perbelanjaan..

Bagi saya yang mempunyai anak 3 orang yang msih kecil (5, 3 dan 2 1/2 thn), amat sukat untuk saya berjimat memandangkan perbelanjaan yang terpak
sa saya keluarkan untuk perbelanjaan mereka melebihi 2/3 dari gaji saya. Gaji suami pula cukup-cukup untuk membayar kereta, rumah, kad kredit dan juga hutang perabot.. (kami tidak lepas dari berhutang)..

Oleh itu saya amat2 berharap jika ada sesiapa yang sanggup berkongsi ilmu bagaimana untuk mengatur perbelanjaan dengan berkesan..


Jumaat, 26 Jun 2009

First Day...

baru je nk try blogging ni... saje la.. smua org pun ada blog skanag ni kan..