nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Ahad, 16 Ogos 2009

Tips Untuk Kulit

Kecantikan bermula dengan kulit muka yang cantik. Jadi sebelum makeup pastikan kulit muka anda bebas dari sebarang kekotoran. Tak kisah la jenama apa pembersih muka (tk penting tu) yang paling sesuai ianya serasi dengan kulit kita. Macm K.Iron, skang ni dok guna Nivea je. Tapi ok la..ok je stakat ni.

Pencuci Muka
Zaman skang ni tak mcm zaman dulu2. Sekarang ni kita ada banyak plihan, tak terkecuali pembersih muka. Pembersih muka ni ada dua kategori la, 'tissue-off cleansers' dengan 'rinse-off cleanser.

• 'Tissue-off cleansers' ni biasanya di rujuk kepada 'milk' dan 'cream' yang mana ada kandungan minyak la kt dalam dia. Nama pun dh ber'cream'. Kandungan berminyak ni la yang menyenangkan proses nak buang sisa2 mekap yang biasanya berminyak tu. Biasanya pencuci muka jenis ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan normal.

• 'Rinse-off cleansers' pula berasaskan air yang bergabung dengan bahan pencuci untuk menghilangkan segala kotoran degil tu semua. Jenis ni sesuai la bagi mereka yang kulit berminyak. Jadi cari la pencuci muka yang membersih tanpa mengeringkan kulit muka. Kadang2 ada pencuci muka tu, bila guna je rasa muka ni panas je. Yang tu baik tok sah guna. Cari yang seelok2nya kurang buih. Biasanya pencuci muka yang buih banyak tu la yang mengeringkan muka. Gel, 'Foaming cleanser' merupakan pencuci muka dalam kategori ni la..

Toner
Terdapat banyak salah fahaman tentang tugas atau peranan toner ni (ayat karangan la pulak).. Toner atau penyegar ni salah satu benda yang penting dalam proses pembersihan wajah. Kenanpa? Kerana ianya merupakan bahan untuk meninggalkan sisa2 yang tertinggal semasa membersihkan wajah tadi dan jugak menyediakan kulit muka kita untuk di letakkan pelembab.

Jika anda mempunyai kulit yang normal, kombinasi ataupun berminyak, anda boleh gunakan toner atau penyegar yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah. Dan jika anda mempunyai kulit disekitar normal dan kering, maka selok-eloknya gunakan toner atau penyegar yang bebas alkohol.

Pelembab
Pelembab ni fungsinya sebagai pertahan di antara kulit dan persekitaran luaran. Walaupun kulit muka kita akan menghasilkan pelembab secara semulajadi, tetapi, perlu di ingat. Semasa proses mencuci muka tadi, kita telah menghilangkan sebahagian daripada lembapan semulajadi kulit kita. Jadi kena la gantikan balik dengan menggunakan pelembab, tak gitu.

Pelembab asas mempunyai kandungan air dan bahan lain yang membantu untuk memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Ia juga haruslah di lengkapkan dengan bahan yang boleh memberi nutrient kepada wajah. Tetapi boleh dikatakan terdapat pelbagai pelembab di luar sana yang di lengkapi dengan pelbagai nutrisi untuk menyuburkan kulit wajah. Jadi pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian kulit.

Pastikan juga pelembab di lengkapi dengan sunscreen. Kerana zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu di mana penggunaan sunscreen tidak di titik beratkan. Dengan pencemaran yang semakin banyak dan lapisan ozon yang semakin nipis, tentu anda semua tak mahu terkena kanser kulit.. mintak simpang la..

Sekurang2nya pilihlah pelembab yang mempunyai SPF 15. Tapi ingat, pakai 30 minit sebelum keluar rumah, untuk pemyerapan yang maksima. Masa tu barulah agen pelindung boleh bekerja dengan sebaiknya..

Pelembab (malam) a.k.a night cream
Jangan lupa waktu malam untuk pakai plembab (krim malam). Yang ni kadang2 kebanyakan orang buat2 lupa. Kiranya krim ni nak 'rejunevate' balik la kulit muka tadi. Kalau sesiapa yang tak mo tua cepat tu, kena la amalkan langkah ni. Memang la liat kan.. dah la penat, otak pun dok asyik panggil tido..tido..

Tapi untuk kepentingan masa depan, buatla selagi termampu. Kalau boleh gunakan krim malam yang mempunyai agen untuk membuang sel2 kulit mati. Rasailah perbezaan kalau bangun pagi. Kulit wajah rasa lebih segar dan ceria.

Ini lah step2 yang perlu diutamakan dahulu sebelum kita nak makeup ni. Jangan pulak di sebabkan penjagaan kulit tak betul, kita salahkan mekap pulak bila muka tumbuh jerawat. Tu yang ada di antara kita yang tak suka mekap tu. Sebab ingat mekap punca jerawat. Apa yang penting jaga pembesihan kulit muka, itu yang paling penting.

Bila kulit muka bersih, senang nak applykan mekap dengan cantik..Lepas ni K.Iron akan bagi tips untuk solekan wajah plak ok.. semoga mendapat manfaat dari artikel ini..

0 comments:

Catat Ulasan