nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Khamis, 2 Julai 2009

BAGAIMANA UNTUK MANDAPAT LEBIH DARI DUIT ANDA

Cara Menambah nilai duit anda
Ada pelbagaicara untuk mendapat lebih dari duit anda. Mungkin anda akan fikirkan cara yang akan dilakukan adalah sesuatu yang sukar. Tapi, apa yang perlu anda ingat adalah, tiada had dalam membelanjakan duit, tetapi duit yang anda dapat adalah terhad.Apa yang ingin saya tekankan ialah anda perlu membuat pilihan. Tetapkan matlamat yang penting bagi diri anda dan jagan biarkan apapun yang menghalang anda dari mencapai matlamat itu.

Penjimatan ke atas makanan
• Lupakan jenama yang mahal dan cuba dapatkan jenama keluaran gedung membeli-belah itu.
Saya biasa membeli belah di Tesco, ya..kebanyakan barangan yang di jual adalah murah berbanding 'hypermarket' yang lain. Jika kita perhatikan Tesco ada mengeluarkan barangan mereka sndiri, dan hampir kesemua barangan yang di keluarkan adalh lebih murah berbanding barangan berjenama yang lain. Saya pernah mencuba pelbagai makanan dari keluaran yang berjenama dan apabila di bandingkan barangan keluaran Tesco, rasanya adalah sama. Dulu saya beranggapan barangan yang murah adalah kurang berkualiti, tetapi tanggapan saya salah sama sekali apabila mencuba barangan keluaran Tesco. Giant juga ada mengeluarkan barangan jenama mereka sendiri yang tidak ada kurangnya berbanding jenama yang lain. Jadi buat apa anda membuang duit untuk barangan berjenama yang hanya mahal pada jenamanya. Penjimatan beberapa puluh sen mungkin sedikit bagi anda, tetapi jika anda membeli katakan 20 brang pada satu masa dan setiap barang anda dapat jimatkan sebanyak 30 sen, maka anda telah jimatkan RM 6.00. Bagi mereka yang membeli belah setiap hujung minggu, maka dalam sebulan anda telah menjimatkan RM 24. Bayangkan berapa yang boleh anda jimatkan dalam setahun??

• Membuat senarai barang yang di perlukan sebelum membeli-belah.
Sebelum anda membeli-belah, pastikan anda membuat senarai barang yang ingin di beli. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan dari membeli apa yang tidak terdapat dari senarai. Jangan lupa untuk menyimpan resit bayaran kerana anda akan gunakan untuk membuat bajet perbelanjaan bulanan anda nanti.

Malaysia Web Hosting

• Membawa bekal
Kepada surirumah yang mempunyai masa, seboleh-bolehnya sediakan bekal ke pejabat. Anda boleh jimatkan sehingga 5 ringgit satu hari. Bayangkan jika anda membawa bekal sekurang-kurangnya 2 hari seminggu? Anda boleh jimatkan sehingga 40 ringgit satu bulan. Bayangkan penjimatan yang boleh anda lakukan setahun.

• Membuat senarai barang yang di perlukan sebelum membeli-belah.
Sebelum anda membeli-belah, pastikan anda membuat senarai barang yang ingin di beli. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan dari membeli apa yang tidak terdapat dari senarai. Jangan lupa untuk menyimpan resit bayaran kerana anda akan gunakan untuk membuat bajet perbelanjaan bulanan anda nanti.

• Kawal ‘habit’ anda
Buat minuman anda sendiri - ada sesetengah syarikat yang member bekalan seperti kopi, milo dan sebagainya. Daripada anda membuang duit RM1-1.50 setiap hari, lebih baik anda menggunakan kemudahan yang ada. Saya adalah penggemar the tarik dan juga Nescafe tarik. Setiap hari saya membelanjankan samaada RM 1.20 (teh tarik) atau RM 1.50 untuk Nescafe tarik di kedai mamak berhampiran pejabat. Tetapi setelah membaca beberapa artikel mengenai pengurusan kewangan, saya telah membuat perubahan, dan telah membuat minuman sndiri. Mula-mula ia adalah sesuatu yang sukar, kerana saya adalah penggemar air buatan kedai ‘mamak’. Tetapi setelah membiasakan diri, saya telah berjaya melakukannya. Saya membuat penjimatan hampir RM 2.70 sehari (biasa saya membeli air pada pagi dan tengahari). Akhirnya saya dapat menjimatkan hampir RM 54 sebulan. Cukup untuk membeli satu beg susu dan satu beg pampers untuk anak saya.

• Berhenti merokok
Saya tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk, tetapi lakukan sesuatu untuk mengatasi ketagihan merokok. Macamana anda boleh mengadu tidak cukup duit sedangkan anda membelanjakan hampir RM 60 sebulan untuk rokok (anggaran jika mengambil rokok 2 kotak seminggu. Satu kotak yang mengandungi 14 batang yang berharga RM 6.70). Bayangkan jika anda menghisap 1 kotak sehari. Fikirkanlah.

• Ingat, anda tidak perlu menjadi yang pertama
Kita semua mahukan sesuatu yang baru dan terkini. Contohnya sekarang kebanyakan masyarakat kita terpengaruh untuk membeli TV LCD, telefon bimbit 3G, Iphone dan sebagainya. Tetapi anda tidak perlu menjadi yang pertama untuk membelinya. Barang-barang elektronik seperti ini cepat mengalami penurunan harga berikutan persaingan yang tinggi diantara pengeluar. Jadi apa salahnya menunggu beberapa bulan, pasti anda akan dapati harganya menjunam. Lihat saja pada pemain HD-DVD . Beberapa tahun yang lepas, harga DVD adalah sekitar RM 500+. Sekarang, anda boleh mendapatkan DVD hanya dalam lingkungan harga RM 100. Biarlah jiran tetangga atau rakan anda mengejar untuk mendapatkan model terbaru. Tunggu beberapa bulan dan anda akan mendapatkan barangan yang sama dengan penjimatan yang lebih.

• Berapa banyak masa yang anda peruntukan untuk menonton TV
Sekarang kebanyakan orang melanggan Astro. Tetapi perlukah anda melanggan semua saluran sedangkan anda mempunyai masa yang terhad untuk menonton. Berapa kali anda menonton saluran yang anda beli itu. Astro mempunyai rangkaian ‘Family’ yang mempunyai smuanya, perlukah anda membazir duit anda pada rancangan tambahan lain yang anda hanya dapat tonton 1-2 kali seminggu, ataupun gunakan duit lebihan setiap bulan untuk menonton wayang bersama keluarga? Itu semua bergantung pada pilihan anda..

• Jangan gunakan terlalu banyak kuasa elektrik
Kajian menunjukkan jika anda mencabut semua plug (jika anda tidak menggunakan barangan tersebut) anda boleh mnjimatkan sehingga 20% bil anda. Walaupun anda telah menutup suiz, tetapi kuasa elektrik masih lg dapat dialirkan . Dan ini tentunya menambahkan penggunaan elektrik walaupun ia tidak digunakan. Jadi sebelum anda kluar bekerja pastikan suiz ditutup dan plug dikeluarkan. Cuba jadikan ini sebagai rutin. Anda pasti dapat melihat perubahan pada bil anda.
Waktu anda tidur juga pastikan econ atau kipas pada kuasa yang rendah. Semakin pagi, suhu akan semakinmenurun. Jadi merendahkan tahap penggunaan kuasa bermakna anda menjimatkan bil elektrik anda..

Di harapkan artikel ini dapat memberi satu perspektif yang baru dalam cara anda berbelanja. Anda mungkin akan menghadapi kesukaran di permulaan, tetapi berkat usaha yang berterusan anda pasti akan Berjaya. Bab kata pepatah alah bias, tegal biasa..