nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Selasa, 28 Julai 2009

Bercuti dengan bajet

Bagi kanak-kanak yang bersekolah, cuti panjang memang merupakan saat yang di tunggu. Merdeka la jawabnya. Bagi kanak-kanak di kawasan perkampungan, cuti merupakan perkara yang paling seronok. banyak benda yang boleh dilakukan kanak-kanak di kawasan perkampungan terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai. Tetapi lain pula bagi kanak-kanak di bandar. Mereka sudah biasa terperuk di dalam rumah batu, dan tidak punya tempat untuk bereksplorasi.

Teringat saya waktu zaman kanak-kanak. Saya merupakan anak Felda, dan pada masa itu kebanyakan org Felda hidup dalam kesempitan. Terutamanya keluarga saya, dengan pendapatan ayah pada masa tu hanya 350 sebulan dan terpaksa menanggung 9 orang anak. Pada masa tu jangan harapla mak ayah nk bawak bercuti, hidup pun kira kais pagi, makan pagi. Tetapi tinggal di kawasan kampung terdapat banyak kelebihan. Kanak-kanak di kampung tidak seperti kanak-kanak di bandar. Kanak-kanak di kampung biasanya sejak dari kecil lagi di latih untuk berdikari. Ye la, saya sejak umur 4 tahun sudah terbiasa keluar bermain tanpa di temani ibu bapa. Oleh sebab itu banyak benda yang kami boleh eksplore dan menggunakan kemudahan alam untuk bermain.

Sejak dari kecil saya biasa pergi bermain di alur sungai, menangkap ikan (walaupun sebesar ibu jari), memanggang ikan, main masak2 dan sebagainya. Terdapat pelbagai permainan yang mungkin sekarang ni telah semakin lupus contohnya galah panjang, batu seremban, congkak dan sebagainya dan biasanya permainan ini bermusim. Jadi boleh dikatakan zaman kanak-kanak di kampung begitu menyeronokkan. Saya merasa amat bertuah di lahirkan di kampung.

Setelah dewasa dan berkahwin, saya menetap di Pulau Pinang. Mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan dalam 2-3 taun lg semua akan masuk persekolahan. Tetapi di bandar, biasa la, kita hanya dpat bermain di tempat yang telah ditetapkan. Kadang-kadang terpaksa bersesak-sesak untuk bermain. Kaesian kt budak2 zaman sekarang. Nak tak nak, para ibu bapa terpaksa la bawa anak-anak pergi bercuti (kalau yang mapu la)..

Selain merancang aktiviti anak-anak untuk mengikuti pelbagai kelas kemahiran dan kreativiti atau bersiar-siar, apa kata luangkan sedikit masa membawa mereka ke destinasi percutian bagi melegakan minda yang sentiasa dibebani pelajaran dan aktiviti sekolah.

Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, yang paling penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan.

Ini kerana jika bercuti tanpa membuat perancangan terlebih dulu boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu perjalanan kewangan harian anda.

Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.

Layari internet atau membaca iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.

Jika bajet tidak mengizinkan untuk bermalam di satu-satu destinasi yang menarik, rancanglah percutian untuk sehari saja. Ye la walaupun sehari tetapi pengalaman bersama keluarga itu amat berharga.

Tempat menarik seperti kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran kediaman juga boleh dijadikan lokasi untuk membawa anak- anak menghabiskan masa lapang mereka.

Selain itu, taman awam seperti taman botani serta Taman wetland, masing- masing di putrajaya dan di sekitar Tasik Perdana, kuala Lumpur juga antara lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah.

Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, tidak salah keluar dari Kota untuk ke destinasi pelancongan menarik di Malaysia seperti Melaka, Pulau Pinang dan pantai timur.

Anda juga boleh mengambil kesempatan bermalam di destinasi pelancongan itu dengan memilih hotel atau resort yang sesuai dengan bajet ditetepkan.

Meneroka pekan dan Bandar kecil di dalam negara adalah satu daripada aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga. Ramai yang tidak mengetahui pekan kecil negara ini menyimpan seribu satu keistimewaan termasuk seni bina bangunanya, cenderahati yang jual dan makananya.

Jadilah, pengguna yang baik dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.

Apa- apapun, bawalah anak-anak anda bercuti sambil meneroka Malaysia kerana terlalu banyak lokasi percutian yang menarik di negara ini yang setanding dengan negara luar. Apa yang pasti bagi saya, setiap cuti saya akan balik kampung untk memberi mereka pengalaman berada di kampung. Mungkin saya akan singgah di beberapa tempat lain, untuk memberi mereka pengalaman baru.


Panduan bercuti:

• Senaraikan bajet membabitkan penginapan, makanan, pengangkutan, told dan minyak.
• Pilih lokasi melancong, semak harga dan buat tempahan awal.
• Baca iklan dalam akhbar mengenai penginapan yang sesuai untuk lokasi pelancongan.
• Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
• Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.

1 comments:

Eppisch berkata...

Jue, sepatutnya perlu ada "proof reader" untuk artikel yang menarik sebegini. terdapat beberapa kesilapan ejaan dan sebagainya, namun ia merupakan suatu usaha yang bagus dan teruskan usaha (eppy - ada bunyi macam cikgu Ramlan tak? hahaha)

Catat Ulasan