nuffnang AREA

Ads Avenue

Summit this page to

[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Selasa, 4 Ogos 2009

Fakta tentang rambut

· Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai
rambut.

· Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang.

· 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat.

· Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran
rambut.

· 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, hampna yang bermaksud urut.

· Rambut orang African tumbuh dengan perlahan dan lebih rapuh
berbanding rambut orang Eropah.

· Rambut orang Asia tumbuh dengan cepat dan lebih kenyal
(tidak rapuh).

· Orang African dan Eropah lebih mudah botak berbanding orang Asia.

· Sehelai rambut boleh mengangkat beban sebanyak 100gm.
Ini bermakna, seluruh rambut di kepala dapat menampung berat 2
ekor gajah.

· Rambut orang Asia tumbuh lebih cepat dan lebih kenyal (tidak rapuh) berbanding orang Afrika dan orang Barat.

· Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut.

· Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

· Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.

· Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

· Uban terjadi kerana faktor usia, faktor genetik, faktor kesihatan dan faktor persekitaran.

· Merokok membuatkan rambut cepat beruban. Perokok memiliki risiko 4 X lebih cepat untuk beruban dan mengalami rambut gugur.

· Shampu berasal dari perkataan Hindi, ‘Champna’ bermaksud urut.

Rambut gugur, kenapa ya?

Ada pelbagai faktor menyebabkan keguguran rambut di kalangan wanita dan lelaki. Paling utama adalah stress selain kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak dan berkelemumur.

Kulit kepala juga terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekap akan menutup liang pada kulit kepala. Keadaan itu akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak (sebaceous glands) pada setiap folikel rambut. Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi yang menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat.

Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut yakni pada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut. Jika kapilari berkenaan tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menjadi punca rambut gugur.

Memahami Rambut Anda

Struktur Rambut
Rambut di buat dari struktur yang kuat yang dikenali sebagai keratin, iaitu sejenih protein yang sama yang menjadikan kuku dan bahagian luar kulit kita.
Setiap helaian rambut mempunyai 3 lapisan : yang paling dalam ialah ‘medulla’ yanghanya hadir pada rambut yang tebal. Lapisan tengah dikenali sebagai ‘cortex’ yang memberi kekuatan, juga warna dan testur pada rambut. Lapisan paling luar dikenali sebagai kutikal. Kutikal ini nipis dan tidak bewarna dan bertindak sebagai pelindung kepada ‘cortex’.

Struktur Akar Rambut
Dibawah lapisan kulit ialah akar rambut, yang ditutupi folikel rambut. Dibahagian bawah folikel rambut ini, ialah ‘dermal papilla’ yang yang dibekalkan dengan aliran darah yang membawa zat-zat untuk pengeluaran rambut baru. ‘Dermal papilla’ ini merupakan bahagian utama untukpertumbuhan rambut kerana ia mempunyai penerima bagi hormon dan androgens lelaki.

Kitaran Pertumbuhan Rambut
Folikel rambut tumbuh dalam bentuk pusingan. Satu pusingan boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

  1. Anagen (pertumbuhan). Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
  2. Catagen (rehat). Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
  3. Telogen (pertumbuhan semula). Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.

Mengapa Rambut Gugur?

Kenapa rambut anda gugur, nipis dan botak?

Setiap rambut tumbuh dalam satu kitaran – ia tumbuh, berehat, dan kemudian gugur. Biasanya kitaran ini akan berulang dalam tempoh lebih kurang setahun. Pada satu-satu masa, hampir 90% rambut tumbuh dari kepala dan akan berterusan antara dua hingga enam tahun. 10% rambut pula akan berehat antara dua hingga tiga bulan. Selepas tempoh rehat, rambut akan melalui peringkat terakhir yakni mati atau pun gugur.

Keguguran sebanyak 50 hingga 100 helai rambut sehari adalah dianggap normal. Apabila sehelai rambut gugur, ia akan digantikan oleh rambut baru dari folikel yang sama. Rambut tumbuh pada kadar setengah inci sebulan. Rambut dibuat dari protein, bahan yang sama yang ditemui didalam kuku tangan dan kuku kaki manusia.

Terdapat beberapa sebab atau punca kenapa rambut gugur dan akhirnya botak :

Sakit atau Mempunyai masalah kesihatan. Keadaan Endocrine (hormonal), seperti penyakit diabetis yang tidak terkawal atau penyakit thyroid boleh menjadi penyebab kepada masalah pengeluaran rambut dan kehilangan rambut. Orang yang menghadapi ‘lupus’ juga akan kehilangan rambut mereka. Masalah hormon yang tidak seimbang juga menjadi punca rambut gugur dikalangan wanita terutamanya.

Ubatan-Ubatan. Beberapa jenis ubat-ubatan ternyata mengakibatkan keguguran rambut, antaranya ubat jerawat yang mengandungi isotretinoin. Ubat diet yang mengandungi amphetamines juga mengakibatkan rambut gugur. Selain dari itu ubat untuk kimoterapi kanser, ubat untuk kemurungan dan ubat untuk kurus turut menyebabkan rambut gugur.

Alopecia areata. Ini merupakan penyakit kulit yang menyebabkan keguguran rambut dikepala dan dilain-lain bahagian tubuh manusia. Hampir 1.7% di kalangan penduduk dunia menghadapi penyakit ini. Penyakit ini bermula dengan tompokan kecil di atas kulit kepala dan seterusnya menjadi semakin besar dan mengakibatkan kehilangan rambut secara keseluruhan. Walaupun begitu dalam jangka masa setahun rambut baru akan tumbuh semula. Malangnya di dalam kebanyakan kes, pesakit akan kehilangan semula rambut mereka.

Trichotillomania. Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong seseorang itu mencabut rambut mereka sendiri. Akibatnya mereka akan menghadapi masalah botak secara bertompok dan merosakkan akar rambut. Selain rawatan untuk mengembalikan rambut mereka, pesakit ini perlu diberikan kaunseling professional atau therapi kesihatan bagi mengelakkan mereka terus mencabut rambut mereka.

Rawatan dan pengayaan rambut. Selalu mewarnakan rambut, meluruskan rambut, mengkritingkan rambut akan merosakkan rambut dan menjadikan rambut putus dan rapuh atau kehilangan rambut secara beransur-ansur. Memakai cekak atau getah rambut dengan ketat juga akan memberi tekanan kepada kulit kepala dan akar rambut dan mengakibatkan keadaan yang dipanggil ‘traction alopecia’. Traction alopecia yang berpanjangan akan merosakkan folikel rambut dan membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan sempurna.

1. Pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang tidak sihat atau cara makan yang tidak baik menyumbang kepada masalah rambut gugur. Orang yang mengalami masalah pemakanan seperti ‘anorexia’ dan ‘bulimia’ sering menghadapi masalah rambut gugur dan botak kerana badan tidak mempunyai protein, vitamin dan mineral yang mencukupi. Kebanyakan atlit atau orang yang aktif di dalam sukan pula, menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk kehilangan rambut mereka kerana kekurangan zat besi.

Gangguan kitaran pertumbuhan rambut. Beberapa tragedi tertentu boleh merubah kitaran pertumbuhan rambut secara jangka pendek. Sebagai contoh, selepas melahirkan bayi, pembedahan, sakit yang serius, trauma atau terkejut. Memandangkan rambut memerlukan masa berbulan sebelum kelihatan panjang, seseorang itu tidak akan perasaan gangguan kitaran pertumbuhan rambut yang dihadapinya sehinggalah selepas beberapa bulan. Walau pun keadaan akan kembali normal selepas satu tempoh masa, rawatan adakalanya perlu dilakukan.

Androgenetic Alopecia. Di kalangan lelaki, ini merupakan punca biasa berlakunya keguguran rambut yang akhirnya menyebabkan botak. Puncanya termasuklah akibat horman yang dipanggil androgens atau pun disebabkan faktor genetik. Adakalanya kehilangan rambut bermula seawal usia belasan tahun. Orang yang mengambil steroid untuk membina badan juga akan menghadapi masalah ini. Rambut akan mula menipis dan botak dibahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala.