nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Rabu, 5 Ogos 2009

Kelebihan Dan Kekurangan Membeli-belah di Internet


Perkembangan teknologi hari ini memang menakjubkan. Jika tidak mahu ketinggalan kita juga perlu pantas mengejarnya dan mempelajari bagaimana memanfaatkan teknologi terkini. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.

Hanya menggunakan internet, segala- galanya menjadi mudah di hujung jari anda. Di Negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.

Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di Negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.

Selain itu, anda juga boleh meneliti barangan yang dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual barang itu atau membuat tempahan terus melalui online.

Jika anda belum berpengalaman dan ingin mengetahui bagaimana pembelian secara maya dilakukan, bacalah artikel ini sehingga habis. Mungkin ia dapat membantu, mana tahu satu hari nanti anda menjadi salah seorang ‘pelanggan online’.

Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing- pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.

Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di Negara kita. Ada juga laman web yang menyiarkan perakuan dan komen pembeli yang pernah menggunakan barangan itu. Anda boleh mempertimbangkan komen mereka sebelum membuat pembelian agar wang yang dikeluarkan berbaloi.


Kekurangan membeli di internet

Anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk memiliki barangan yang dibeli. Produk dari luar negara biasanya mengambil masa untuk tiba ke tangan anda. Tidak mustahil juga anda tertipu. Dalam dunia yang serba mencabar ini, ada sgelintir pihak yang mengambil kesempatan melalui internet dengan menjual barangan yang tidak berkualiti, barangan yang tidak berkualiti, barangan langsung.

Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terpedaya. Sebaiknya dapatkan maklumat mengenai syarikat berkenan. Sekiranya syarikat tempatan ia lebih mudah untuk membuat rujukan. Jika ada masalah anda boleh pergi terus ke tempat itu tetapi jika di luar negara mungkin sukar.

Lazimnya pembeli gemar meneliti, membelek dan mencuba sesuatu sebelum membeli, terutama pakaian bagi memastikan ia benar-benar sesuai dan selesa dan selasa digunakan. Sayangnya, membeli melalui internet tidak memberikan anda peluang ini.anda tidak dapat menyentuh sekadar membaca komen pembeli lain.

Kemungkinan barangan yang tiba itu rosak dan anda perlu menukarnya. Sudah pasti mengambil masa. Sebagai pembeli, pandai-pandailah, anda yang akan menanggung risikonya.

Cara Membeli di Internet
membeli di internet semudah satu dua tiga. anda hanya perlu kunjungi laman membeli-belah di internet, kemudian cari dan pilih barang pilihan anda. kemudian pilih cara pembayaran dan masukkan yang diminta dan semuanya siap.

bagi membeli di laman yang menawarkan harga barang pada harga lelong, anda diminta untuk menetapkan sesuatu harga pada barangan pilihan anda dalam beberapa jangka masa yang ditetapkan. keputusan pembelian akan diberitahu di laman yang sama. jika anda berjaya, lakukan langkah-langkah yang sama seperti cara belian di internet seperti biasa. tetapi jangan lupa untuk mencetak setiap dokumen atau borang yang anda isi di internet sebagai rujukan.

Cara Pembayaran
Terdapat beberapa cara pembayaran yang boleh diaplikasi dalam proses pembelian melalui internet. antara medium paling popular tentulah kad kredit. cara-cara lain ialah kad debit, cek, wire transfer dan kiriman wang (money order). pembeli juga boleh membuat pembayaran melalui paypal, iaitu perniagaan e-commerce yang membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh ebay.

Selain itu pembeli juga boleh melakukan pembayaran melalui google checkout iaitu pembayaran melalui online yang ditawarkan oleh google. pengguna boleh menyimpan informasi kad debit atau kredit mereka di akaun google mereka dan ia boleh digunakan di rangkaian kedai yang mengambil bahagian sahaja.

Tips Pembelian Selamat
terdapat beberapa tip yang perlu dititik beratkan tatkala membeli-belah melalui internet. pertama sekali pastikan anda membeli di laman yang selamat. caranya cukup mudah, pastikan alamat laman yang anda lawat itu dimulakan dengan https://, jika huruf "s" tertera selepas "http" itu menandakan laman web tersebut selamat untuk dikunjungi. kedua, pastikan anda mengkaji atau mengenali laman belian online yang anda kunjungi.

risik-risik testimonial yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini. pastikan laman yang anda kunjungi itu mempunyai alamat penuh dan sekurang-kurangnya satu talian telefon sama ada talian khidmat pelanggan atau talian pesanan. anda dinasihatkan untuk membaca polisi keselamatan laman web yang anda kunjungi.

kredit kad merupakan cara pembayaran yang paling selamat berbanding cara-cara lain. jika berlaku sebarang penipuan anda masih dilindungi di bawah fair credit billing act. anda juga diingatkan supaya tidak mendedahkan nombor keselamatan sosial (US) untuk mengelakkan identiti anda dicuri. jangan dedahkan atau berkongsi kata laluan kepada sesiapa termasuk rakan baik anda.

selain itu, cetaklah setiap dokumen pembelian yang dilakukan. ini penting sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang masalah ketika proses pembelian dan penghantaran. dokumen tersebut juga dapat membantu anda jika berlaku sebarang kerosakan yang memerlukan pertukaran.