nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Selasa, 28 Julai 2009

Tips membeli belah pada musim perayaan

• Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.

• Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.

• Buat belanjawan.

• Beli mengikut kemampuan masing-masing.

• Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.

• Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

• Jangan membeli lebih daripada yang dirancang. Elakkan membeli mengikut perasaan dan secara spontan (impulse).

• Berhati-hati menggunakan kad kredit. Anda mungkin tidak sedar anda berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan anda.

• Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.

• Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.

• Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil.

• Kalau membeli banyak barang sekaligus, semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.

• Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.

• Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.

• Untuk barang makanan, pastikan ia belum menjangkaui tarikh habis guna atau tarikh luput.

• Untuk pakaian, belilah yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Pakaian yang mahal tidak semestinya tinggi kualitinya. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.

• Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja. Kain sarung kusyen, langsir dan alas meja yang elok masih boleh digunakan lagi.

• Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.

• Jangan masak berlebihan. Cuba anggarkan jumlah tetamu yang mengunjungi anda dan masak setakat yang diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera kalau ada lebih tamu yang datang.

• Makanan yang tidak habis dimakan harus dimasukkan ke dalam peti sejuk secepat mungkin sebaik ia dingin supaya boleh dimakan lagi.

0 comments:

Catat Ulasan