nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Isnin, 17 Ogos 2009

Pemilihan Foundation (Bedak Asas)





Foundation atau pun bedak asas merupakan kosmetik yang sering diutamakan wanita dalam solekan. Hasil jika diaplikasikan ada dua je, samaada nampak semulajadi ataupun nampak macam pakai topeng gitu..

Kat kedai skang ada macam-macam jenis dan jenama foundation dok jual. Ada yang jual jenis cecair, krim, bebas minyak, powder, untuk yang kulit elergy, yang berbatang ala2 lipstik, yang mcm kek pun ada.. pilih je yang mana satu janji mestilah sesuai dengan warna kulit. Tapi kalau mula2 nak beli tu memang pening kepala skit la. Tapi bila dh dapat yang sesuai mesti sentiasa nak pakai.

Memetik pendapat jurusolek profesional, Eleena Lamat berkata, solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah

Untuk memudahkan anda untuk memilih pilihan yang sesuai, k.Iron akan susun dan terangkan satu persatu mengikut kategori utama:


Bedak asas cecair
Biasanya bedak asas dari cecair amat di gemari oleh kebanyakan wanita. Ini kerana ia senang dipakai dan memberikan kesan yang semulajadi seperti lapisan kulit kedua. Ia di datangkan dai dua jenis iaitu yang berasaskan air dan yang berasaskan minyak.

Krim Bedak Asas
Krim bedak asas ni sememangnya menjadi pilihan jurumekap. Ia biasanya didatangkan dalam bentuk padat dan juga batang. Ia dapat memberi litupan yang baik dan senang untuk diaplikasikan. Ia memberikan kesan yang licin dan tahan lama.

Bedak asas dua dalam satu
Dunia wanita yang semakin sibuk menyebabkan kita sering tercari2 benda yang senang di pakai. Salah satu hasilnya dalam pembuatan foundation ini ialah bedak asas yang bertindak sebagai bedak dan juga foundation. Kiranya pakai pakai bedak smbil pakai foundation la..senang gitu. Kiranya boleh jimat banyak masa la..

Macam mana nak pakai ni?















Salah satu langkah pertama sebelum pilih bedak asas ialah kenali kulit kita dulu. Pilih jenis bedak asa yang bersesuaian dan kena dengan rona atau warna kulit.

1. Pemakaian bedak asas dengan menggunakan span (sapu ke bawah). Jika mahu sapuan bayangan gelap tulang pipi dan hidung boleh di buat untuk membentuk wajah.

2. Utamakan kawasan yang sering kemerahan terutamanya kawasan hidung, bawah mata dan sekeliling mulut. Jangan lupa sapukan juga di bahagian leher. Anda tidak mahu nmpak tergantung, muka cerah tapi leher...kunci yang paling penting adalah bagi ia nampak sekata.

3. Ratakan bedak debu ke seluruh muka menggunakan span khas. Kemudian gunakan berus besar untuk warna sekata.

4. Lepas semuanya sekata, barulah anda boleh menyambung proses mekap yang lain iaitu mata, pipi dan mulut.

Seterusnya.. Mekap mata

0 comments:

Catat Ulasan