nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Selasa, 28 Julai 2009

Bercuti dengan bajet

Bagi kanak-kanak yang bersekolah, cuti panjang memang merupakan saat yang di tunggu. Merdeka la jawabnya. Bagi kanak-kanak di kawasan perkampungan, cuti merupakan perkara yang paling seronok. banyak benda yang boleh dilakukan kanak-kanak di kawasan perkampungan terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai. Tetapi lain pula bagi kanak-kanak di bandar. Mereka sudah biasa terperuk di dalam rumah batu, dan tidak punya tempat untuk bereksplorasi.

Teringat saya waktu zaman kanak-kanak. Saya merupakan anak Felda, dan pada masa itu kebanyakan org Felda hidup dalam kesempitan. Terutamanya keluarga saya, dengan pendapatan ayah pada masa tu hanya 350 sebulan dan terpaksa menanggung 9 orang anak. Pada masa tu jangan harapla mak ayah nk bawak bercuti, hidup pun kira kais pagi, makan pagi. Tetapi tinggal di kawasan kampung terdapat banyak kelebihan. Kanak-kanak di kampung tidak seperti kanak-kanak di bandar. Kanak-kanak di kampung biasanya sejak dari kecil lagi di latih untuk berdikari. Ye la, saya sejak umur 4 tahun sudah terbiasa keluar bermain tanpa di temani ibu bapa. Oleh sebab itu banyak benda yang kami boleh eksplore dan menggunakan kemudahan alam untuk bermain.

Sejak dari kecil saya biasa pergi bermain di alur sungai, menangkap ikan (walaupun sebesar ibu jari), memanggang ikan, main masak2 dan sebagainya. Terdapat pelbagai permainan yang mungkin sekarang ni telah semakin lupus contohnya galah panjang, batu seremban, congkak dan sebagainya dan biasanya permainan ini bermusim. Jadi boleh dikatakan zaman kanak-kanak di kampung begitu menyeronokkan. Saya merasa amat bertuah di lahirkan di kampung.

Setelah dewasa dan berkahwin, saya menetap di Pulau Pinang. Mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan dalam 2-3 taun lg semua akan masuk persekolahan. Tetapi di bandar, biasa la, kita hanya dpat bermain di tempat yang telah ditetapkan. Kadang-kadang terpaksa bersesak-sesak untuk bermain. Kaesian kt budak2 zaman sekarang. Nak tak nak, para ibu bapa terpaksa la bawa anak-anak pergi bercuti (kalau yang mapu la)..

Selain merancang aktiviti anak-anak untuk mengikuti pelbagai kelas kemahiran dan kreativiti atau bersiar-siar, apa kata luangkan sedikit masa membawa mereka ke destinasi percutian bagi melegakan minda yang sentiasa dibebani pelajaran dan aktiviti sekolah.

Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, yang paling penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan.

Ini kerana jika bercuti tanpa membuat perancangan terlebih dulu boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu perjalanan kewangan harian anda.

Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.

Layari internet atau membaca iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.

Jika bajet tidak mengizinkan untuk bermalam di satu-satu destinasi yang menarik, rancanglah percutian untuk sehari saja. Ye la walaupun sehari tetapi pengalaman bersama keluarga itu amat berharga.

Tempat menarik seperti kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran kediaman juga boleh dijadikan lokasi untuk membawa anak- anak menghabiskan masa lapang mereka.

Selain itu, taman awam seperti taman botani serta Taman wetland, masing- masing di putrajaya dan di sekitar Tasik Perdana, kuala Lumpur juga antara lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah.

Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, tidak salah keluar dari Kota untuk ke destinasi pelancongan menarik di Malaysia seperti Melaka, Pulau Pinang dan pantai timur.

Anda juga boleh mengambil kesempatan bermalam di destinasi pelancongan itu dengan memilih hotel atau resort yang sesuai dengan bajet ditetepkan.

Meneroka pekan dan Bandar kecil di dalam negara adalah satu daripada aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga. Ramai yang tidak mengetahui pekan kecil negara ini menyimpan seribu satu keistimewaan termasuk seni bina bangunanya, cenderahati yang jual dan makananya.

Jadilah, pengguna yang baik dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.

Apa- apapun, bawalah anak-anak anda bercuti sambil meneroka Malaysia kerana terlalu banyak lokasi percutian yang menarik di negara ini yang setanding dengan negara luar. Apa yang pasti bagi saya, setiap cuti saya akan balik kampung untk memberi mereka pengalaman berada di kampung. Mungkin saya akan singgah di beberapa tempat lain, untuk memberi mereka pengalaman baru.


Panduan bercuti:

• Senaraikan bajet membabitkan penginapan, makanan, pengangkutan, told dan minyak.
• Pilih lokasi melancong, semak harga dan buat tempahan awal.
• Baca iklan dalam akhbar mengenai penginapan yang sesuai untuk lokasi pelancongan.
• Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
• Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.


Panduan menggunakan kad kredit PDF Print E-mail
Written by 3K Administrator
Tuesday, 17 March 2009 18:39
Jangan bawa baki bulan ini ke bulan hadapan.
Peraturan pertama yang mesti anda patuhi ialah jangan membawa baki bayaran bulan ini ke bulan berikutnya. Mempunyai baki bayaran lebih daripada sepatutnya. Sesungguhnya, kegagalan mematuhi peraturan ini hanya akan menambahkan beban hutang.

Jadi tanyakan diri anda. Adakah anda seorang yang lazimnya mempunyai baki bulanan atau secara keseluruhan jumlah hutang? jika anda bernasib baik, anda tergolong di dalam kategori kedua dan tidak terperangkap di dalam pembayaran faedah.

Tetapi berlainan pula dengan mereka yang mempunyai baki hutang. Mereka sebenarnya terperangkap di dalam hutang yang semakin meningkat akibat kegagalan membayar.

Baca semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan.
Pastikan anda membaca dan meneliti semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan. Ini penting untuk anda melindungi diri sebagai pengguna. Pastikan anda mendapat penjelasan sewajarnya kepada setiap kemusykilan yang diutarakan. Juga pastikan anda membaca dan meneliti semua bil yang sampai ke tangan anda.

Ini penting kerana anda pastinya tidak mahu terlepas daripada mengetahui sebarang perubahan polisi yang dikenakan ke atas kad kredit anda. Harus diingat, syarikat pengeluar kad kredit mempunyai kebebasan membuat sebarang pindaan dan lazimnya setiap perubahan akan efektif di dalam tempoh waktu yang singkat.

Elakkan denda bayaran lewat.
Pastikan anda membayar hutang di dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kelewatan membayar hanya mengakibatkan anda terjerumus ke dalam hutang yang lebih banyak disebabkan jumlah yang meningkat setiap kali anda gagal melunaskannya.

Pertahankan hak anda sebagai pengguna.
Jika anda mendapati syarikat pengeluar kad kredit gagal berfungsi dengan cekap, maka anda perlu segera membuat aduan. Di dalam persaingan pasaran yang sengit mereka tidak boleh memandang ringan segala aduan yang diterima dan lazimnya, anda akan mendapat layanan sewajarnya.

Jangan tergesa – gesa membuat pilihan
Dewasa ini, amat banyak kad kredit yang ditawarkan di pasaran. Sebagai pengguna bijak, luangkan masa anda mencari kad yang menawarkan pilihan terbaik seperti tiada bayaran tahunan dan kadar faedah yang rendah. Tidak ada gunanya untuk anda terus menggunakan kad kredit yang mengenakan faedah tinggi dan dan mempunyai masa selamat yang singkat. Untuk mengetahui cara memilih kad kredit, sila rujuk siri terdahulu.

Wanita Sebagai Perancang Kewangan

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.
"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.
Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.

Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.

Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Tips Memebeli-belah Pada Jualan Murah

Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah. Baca iklan-iklan jualan murah. Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”.

Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Sumber: Mingguan Wanita

Tips membeli belah pada musim perayaan

• Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.

• Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.

• Buat belanjawan.

• Beli mengikut kemampuan masing-masing.

• Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.

• Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

• Jangan membeli lebih daripada yang dirancang. Elakkan membeli mengikut perasaan dan secara spontan (impulse).

• Berhati-hati menggunakan kad kredit. Anda mungkin tidak sedar anda berbelanja lebih daripada kemampuan kewangan anda.

• Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.

• Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.

• Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil.

• Kalau membeli banyak barang sekaligus, semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.

• Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.

• Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.

• Untuk barang makanan, pastikan ia belum menjangkaui tarikh habis guna atau tarikh luput.

• Untuk pakaian, belilah yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Pakaian yang mahal tidak semestinya tinggi kualitinya. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.

• Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja. Kain sarung kusyen, langsir dan alas meja yang elok masih boleh digunakan lagi.

• Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.

• Jangan masak berlebihan. Cuba anggarkan jumlah tetamu yang mengunjungi anda dan masak setakat yang diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera kalau ada lebih tamu yang datang.

• Makanan yang tidak habis dimakan harus dimasukkan ke dalam peti sejuk secepat mungkin sebaik ia dingin supaya boleh dimakan lagi.

Selesaikan pinjaman rumah dengan bijak

Saya memang ada special interest in property.... saya banyak membaca di dalam bidang property... dan saya juga ada investment di dalam properties... cumanya saya ada special interest di dalam condominium berbanding tanah, rumah bertanah, rumah kedai dll... ini adalah kerana pendapatan positif yang dihasilkan... kerana 1. saya tak payah keluarkan duit sendiri tiap2 bulan (secara teorinya.. padahal bleh pengsan gak keluar duitnya sebab kena bayar tang lain)... 2. Sebenarnya takder duit nak beli yang mahal2. Belum mampu lagi...

Memang pening juga nak bayar balik tiap-tiap bulan... Dan tentulah kita selalu berharap agar kita dapat bayar pada waktu yang ditetapkan.. dan yang paling kita harap ialah rumah kita akan kita bayar habis secepat mugkin! Oleh itu, saya telah terjumpa satu laporan khas ( special report ) yang ditulis oleh Azizi Ali... Muraaah... beli masa Pesta buku... Saya cadangkan anda dapat satu copy untuk bacaan dan simpanan anda...

Biar saya outline kan point-point penting untuk tatapan anda... DI dalam laporan tersebut ada banyak lagi point2 penting seperti bagaimana nak pilih loan, jenis-jenis loan dan kelebihan masing-masing dan macam2 tips nak melangsaikan loan rumah...

Antara point untuk melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat oleh Sdr. Azizi Ali:-

1. Bayar loan setelah dapat wang

Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan... tetapi gaji masuk 25 hb contohnya... tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji... Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date... dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari... Jimat untuk 5 hari...

2. Bayar lebih sikit setiap bulan

Sekiranya kena bayar RM 725.78 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.

3. Bayar dua minggu sekali

Saya pun baru tahu... Anda boleh bahagi dua bayaran itu daripada RM 800.00 sebulan kepada RM 400.00 setiap 2 minggu sekali. Ini kerana di dalam kalendar Gregorian - setahun ada 12 bulan tetapi ada 26 forthnights (2 minggu). ia boleh mengurangkan tahun bayaran sehingga 3 tahun! (bergantung kepada bayaran)..

4. Bayar lebih kalau ada tunai di tangan

Kalau ada duit lebih daripada keuntungan perniagaan, bonus gaji, wang pusaka dan wang lebihan cukai boleh dibayar untuk pinjaman rumah.

5. Teruskan bayaran yang sama walaupun interest rate jatuh

Pada kebiasaannya apabila BLR jatuh, bank akan kurangkan bayaran bulanan. Ini kerana bank tak nak kita bayar lebih - kerana lebihan akan mengurangkan principal - so bank rugi dari segi interest... Oleh itu adalah penting kita mengekalkan bayaran untuk mengurangkan bayaran principal dan sekaligus mengurangkan interest.

6. Bayar lebih sekiranya naik gaji

Kalau gaji kita naik, kita boleh naikkan bayaran rumah sesuai dengan kenaikan gaji. Point Azizi Ali ialah... kalau selama nih kita boleh hidup dengan gaji sebelum ini, apakata kita maintain dengan cara hidup yang sama dan lebihan gaji boleh dibayar kepada bank.

7. Jual barangan terpakai untuk bayar pinjaman rumah

Cadangan yang pelik tapi praktikal. Adakala banyak barang2 lama tetapi berharga yang kita boleh jual. Hasilnya kita boleh bayar kepada bank.

8. Refinance pinjaman rumah ke Bank lain yang menawarkan interest yang lebih Rendah
Sekiranya ada bank yang boleh menawarkan interest yang lebih rendah misalnya dari 8 percent sekarang ke 6.5 percent, apa salahnya kita ambil peluang itu. Walaubagaimanapun setiap kiraan mestilah termasuk charge-charge seperti MRTA, moving cost, lawyer fee dan sbgnya (hidden fee).. Silap-silap... bayaran bulanan boleh lebih tinggi pula..

Cara lain adalah memohon bank yang sama untuk mengurangkan interest... (Saya pernah buat - bank approved kurangkan 0.5% interest - tak banyak tapi kurang la gak)... Sesetengah bank tak nak kehilangan customer kepada pesaingnya... Bank sayang kat anda... kecuali anda jenis kaki ponteng bayar bank... bank dengan gembiranya me"refer" anda kepada pesaingnya...

Ada banyak point2 yang saya tak tulis daripada special report ini... kerana kalau tulis habis nanti mentor saya Sdr Azizi Ali marah kat saya... Bank ambil untung yang banyak daripada interest yang dikenakan... Dengan ilmu yang ada kita boleh mengurangkan apa yang sepatutnya kita bayar pada bank... apa yang ada kita dapat kongsi bersama dan diharap dapat diamalkan di dalam kehidupan anda sehari-harian.