nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Isnin, 10 Ogos 2009

Menabung untuk bergaya?

Menjadi ibu kepada 3 anak ni bkn mudah. Kiranya duit gaji hanya di peruntukkan untuk diorang je..Tapi kita ni sebagai kaum wanita ni nak kena bergaya jugak kan? Tapi k.iron ada cara tersendiri untuk membajetkan duit bulanan khas untuk pg shopping..yahoo..

Salah satu caranya, kita kenalah setkan goal, orang melayu kata matlamat. Mula2 k.iron pegi kedai 5 hinggit.. cari tabung yang kiut-miut.. kalau ada tabung kiut baru la ada smangt skit nak mnabung. Biasanya k.iron simpan singgit shari.. mula2 kena smpan skit2 dulula.. takut kalau simpan lebih sat g, prbelanjaan kita plak yang lebih dari anak2, ini sudah melampau!! Sronok, kdg2 tak sabar nk buka tabung nk kira duit, padahal baru beberapa hari..hmm

Biasanya hujung bulan, lps dpt gaji la.. k.iron takkan guna duit gaji untuk shopping baju. tapi guna duit tabung td la.. bajet untuk baju.biasanya k.iron tak set yang mahal2 la.. cukup kalau dapat sehelai kemeja bawah 25 hinggit.. tp k.iron lebih suka shopping waktu sale.. ye la, kalau dpat one day sale lg berbaloi.. biasanya parkson, Jusco, suka buat 1 day sale ni.. k.iron biasa pg waktu ni la.. kdg2 dpt beli baju yang berjenama dengan harga murah.. ye la ari tu k.iron beli baju kt hubby..(guna duit tabung tu).. jenama padini..harga asal RM 109, tp lps less 70%, dpt 32.70.

Berbaloikan..bulan depan habuan k.iron la plak..tp k.iron tak kisah, baju yang tak berjenama pun jadi. Hubby td k.iron beli kkhas utk brthday dia.. bg yang ada jenama skit (walaupun murah..hu..hu) nak buat cam mana. k.iron ni bkn la berduit sangat.. org ckp ukur baju di bdn sndiri. kalau dh tak berduit buat cara tak berduit..Kadang2 k.iron beli je kt giant..ada satu time giant akan buat clearance sale. Baju yg biasa jual Rm 30, diorang jual Rm 10. K. iron pun sapu la 1-2 helai.. Tapi kena btul2 pilih la..jgn main sapu je.. Pilih yang kualiti yang elok skit la.

Kadang2 bila pg opis org smua puji, baju cntik.. tp diorang smua tak tau k.iron beli yang murah time clearance saje..hi.hi. Kalau kt Tesco pun sama.. Ada jgk baju yang mahal2, tp kena tunggu waktu sesuai, dekat time raya ke, cuti sekolah ke, megasale ke, sure diorang akan turunkan harga punya..Parkson, Jusco pun mcm tu jugak..

Biasanya setiap bulan k.iron akan tambahla 5 hinggit hasil duit tabungan tu.. kalau ada yang lebihan...akan carry forward la..mungkin kalau ada lebih, bleh bayar duit tempahan baju lak. ye la, kan dh nak raya ni.. Raya ni lg la, mcm2 nak buat, kalau ada duit tabungan ni, at least ada la duit lebihan. Kiranya bulan ni tak leh menyoping lg la.. Nak kena smpn dua bulan berturut2, habuan baju raya..!

Bagi sape2 yang dh ada ank tu. Masa ni la nk mengajar anak menabung.. Ala bg la diorang 20 sen shari ke.. bg diorang seronok.. orang kata kalau nak melentur buluh tu biarlah dari rebungnya. Pas tu duit yang diorang simpan tu bolehla beli mainan ke. Barula diorang akan seronok nk menabung. Kita seronok, diorang seronok. Beli la tabung yang kiut-miut kt diorang pas tu bg nama. Buat diorang sayang kt tabung tu, mesti diorang akan slalu nk msukkan duit..(habis la syiling mama lps ni..he..he).

Tape la..yang penting kita smua berjimat cermat.. jgn plakk nnti tua2 baru nak menabung..dan satu lg berbelanja tu berpada2..slalu buat perancangan perbelanjaan,ukur baju di badan sndiri, dan jgn suka berhutang..