nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Ahad, 16 Ogos 2009

Tips Untuk Kulit

Kecantikan bermula dengan kulit muka yang cantik. Jadi sebelum makeup pastikan kulit muka anda bebas dari sebarang kekotoran. Tak kisah la jenama apa pembersih muka (tk penting tu) yang paling sesuai ianya serasi dengan kulit kita. Macm K.Iron, skang ni dok guna Nivea je. Tapi ok la..ok je stakat ni.

Pencuci Muka
Zaman skang ni tak mcm zaman dulu2. Sekarang ni kita ada banyak plihan, tak terkecuali pembersih muka. Pembersih muka ni ada dua kategori la, 'tissue-off cleansers' dengan 'rinse-off cleanser.

• 'Tissue-off cleansers' ni biasanya di rujuk kepada 'milk' dan 'cream' yang mana ada kandungan minyak la kt dalam dia. Nama pun dh ber'cream'. Kandungan berminyak ni la yang menyenangkan proses nak buang sisa2 mekap yang biasanya berminyak tu. Biasanya pencuci muka jenis ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan normal.

• 'Rinse-off cleansers' pula berasaskan air yang bergabung dengan bahan pencuci untuk menghilangkan segala kotoran degil tu semua. Jenis ni sesuai la bagi mereka yang kulit berminyak. Jadi cari la pencuci muka yang membersih tanpa mengeringkan kulit muka. Kadang2 ada pencuci muka tu, bila guna je rasa muka ni panas je. Yang tu baik tok sah guna. Cari yang seelok2nya kurang buih. Biasanya pencuci muka yang buih banyak tu la yang mengeringkan muka. Gel, 'Foaming cleanser' merupakan pencuci muka dalam kategori ni la..

Toner
Terdapat banyak salah fahaman tentang tugas atau peranan toner ni (ayat karangan la pulak).. Toner atau penyegar ni salah satu benda yang penting dalam proses pembersihan wajah. Kenanpa? Kerana ianya merupakan bahan untuk meninggalkan sisa2 yang tertinggal semasa membersihkan wajah tadi dan jugak menyediakan kulit muka kita untuk di letakkan pelembab.

Jika anda mempunyai kulit yang normal, kombinasi ataupun berminyak, anda boleh gunakan toner atau penyegar yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah. Dan jika anda mempunyai kulit disekitar normal dan kering, maka selok-eloknya gunakan toner atau penyegar yang bebas alkohol.

Pelembab
Pelembab ni fungsinya sebagai pertahan di antara kulit dan persekitaran luaran. Walaupun kulit muka kita akan menghasilkan pelembab secara semulajadi, tetapi, perlu di ingat. Semasa proses mencuci muka tadi, kita telah menghilangkan sebahagian daripada lembapan semulajadi kulit kita. Jadi kena la gantikan balik dengan menggunakan pelembab, tak gitu.

Pelembab asas mempunyai kandungan air dan bahan lain yang membantu untuk memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Ia juga haruslah di lengkapkan dengan bahan yang boleh memberi nutrient kepada wajah. Tetapi boleh dikatakan terdapat pelbagai pelembab di luar sana yang di lengkapi dengan pelbagai nutrisi untuk menyuburkan kulit wajah. Jadi pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian kulit.

Pastikan juga pelembab di lengkapi dengan sunscreen. Kerana zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu di mana penggunaan sunscreen tidak di titik beratkan. Dengan pencemaran yang semakin banyak dan lapisan ozon yang semakin nipis, tentu anda semua tak mahu terkena kanser kulit.. mintak simpang la..

Sekurang2nya pilihlah pelembab yang mempunyai SPF 15. Tapi ingat, pakai 30 minit sebelum keluar rumah, untuk pemyerapan yang maksima. Masa tu barulah agen pelindung boleh bekerja dengan sebaiknya..

Pelembab (malam) a.k.a night cream
Jangan lupa waktu malam untuk pakai plembab (krim malam). Yang ni kadang2 kebanyakan orang buat2 lupa. Kiranya krim ni nak 'rejunevate' balik la kulit muka tadi. Kalau sesiapa yang tak mo tua cepat tu, kena la amalkan langkah ni. Memang la liat kan.. dah la penat, otak pun dok asyik panggil tido..tido..

Tapi untuk kepentingan masa depan, buatla selagi termampu. Kalau boleh gunakan krim malam yang mempunyai agen untuk membuang sel2 kulit mati. Rasailah perbezaan kalau bangun pagi. Kulit wajah rasa lebih segar dan ceria.

Ini lah step2 yang perlu diutamakan dahulu sebelum kita nak makeup ni. Jangan pulak di sebabkan penjagaan kulit tak betul, kita salahkan mekap pulak bila muka tumbuh jerawat. Tu yang ada di antara kita yang tak suka mekap tu. Sebab ingat mekap punca jerawat. Apa yang penting jaga pembesihan kulit muka, itu yang paling penting.

Bila kulit muka bersih, senang nak applykan mekap dengan cantik..Lepas ni K.Iron akan bagi tips untuk solekan wajah plak ok.. semoga mendapat manfaat dari artikel ini..

Mekap Untuk Keyakinan

Kalau cakap pasal mekap ni mmg tak pernah habis.. K.Ironlady ni anggap mekap ni suatu benda yang wajib. Kalau nk pegi kerja mesti nak kena mekap dulu.. lewat macam mana pun mekap tetap on..

Kadang2 tengok ada sesetengah org yang tak berapa kisah sangat pasal mekap ni. mgkin diorang tak ada masa ataupun tak terbiasa. Tapi K.iron rasa mekap ni benda yang spatutnya kita utamakan terutamanya nak pergi kerja. K.Iron memang akui kalau tak pakai mekap, keyakinan diri tu ada sedikit berkurangan. Walaupun K.Iron akui bukannya hebabt sangat bab2 mekap ni, tapi boleh la.

Dulu, masa sekolah Menengah, K.Iron ni boleh dikatakan agak kasar skit la. Bedak pun tak pernah nak pakai. Emak ada la bagi bedak masa nak masuk sekolah (tingkatan 1). Sampai tingkatan 5, kiranya masa nak kuar sekolah, bedak tu tak luak pun (tetap dok simpan). Masa tu pencuci muka pon tak ada. Dok sental dengan sabun badan je. Nasib baik la kulit muka jenis ok..

Semuanya berubah lepas masuk matrik. K.Iron ada kenal member ni, kira kamceng la. Dia ni suka la mekap2 ni. Pas tu mula la belajar skit2 dengan dia. Masa tu mulala ada kesedaran skit pasl kecantikan diri. K.Iron dulu kuat bersukan, kulit muka tak tau la nak ckp mcm mana. Gelap dan kelam tak tau la nak ckp. Ye la bersukan tiap2 hari, tp sunscreen pun tak pakai. Lps tu ada member ni sorang perkenalkan krim safi. Masa tu kira di bawah bajet la..ok la. Tapi krik safi ni, walaupun murah tapi kesan sdia boleh nmpak la..

Sejak kenal dua orang member ni la, baru la rasa macam seorang wanita. Teknik2 mekap K.Iron belajar satu persatu, dari majalah. Masa tu mana la ada duit lagi nak beli buku atau pegi kelas belajar mekap. Masa tu K.Iron hanya buat yang basic saja la.. pakai pelembab, pas tu krim dan bedak. Gores kening skit dan pakai lipstik. Tu je..Tapi masa tu dh rasa vouge semacam dh.

Lepas tu k.Iron tengok la plak orang cina dok pakai blusher. Muka diorang ni berseri semacam. Lepas tu apa lg pg beli la. Tapi masa tu tak pergi cari kat kedai mahal2 la, student lagi kan? Beli la kt kedai Sinma dengan harga 5 ringgit. Masa tu baru nak pakai, guna berus kecik yang ada kt situ. Apa lg, kesan dia tak elok, tak rata. Pas tu pergi lak cari berus besar untuk pipi punya. Lama2 tu memang la mcm clown skit..tp lepas dah terbiasa dan dah pelajari teknik tu, kesan dia ok. Ramai gak yang dok puji, muka nmpk berseri.

Lepas abis U, pergi kerja kilang skejap. Masa tu biasa la..minah kilang lg la pandai bab solek-menyolek ni. Tapi kebanyakan diorang pakai yang basik je..bedak, kening ngan lipstik. Masa tu ramai gak member kilang yang tanya pasal apa muka berseri2. Pas tu K.Iron ckp la pasl blusher, pas tu diorang pun pkt beli. Pas tu tengok amai lak member kilang yang muka kemerah-merahan..ni mesti penangan blusher ni.

Lepas pada pakai blusher ni, rasa tak puas hati la..nak upgrade lg muka ni. Bagi nmpak elok skit. Mana tau kot lepas ni lekat ke pakwe sorang..ki..ki. Lpas pada tu mula la tringin nak pakai eye-shadow pulak. Beli la satu set, rasanya jenama Cameleon, ada gak jal kt Sinma tu. Dalam tu smuanya ada. Eye-shadow, blusher, bedak..tapi K.Iron dok guna blusher ngan eyeshadow je. Mula2 guna tu mmg la tak tau kan. Tapi biasala..mula2 pakai satu kaler je. Tak tau nak apply macam mana..

Pas tu belek punya belek kt majalah, nmpak la tutorial pasl nak apply eye-shadow ni. Tapi K.Iron tak suka yang tebal2 sangat. Cukup yang nmpak natural je. Tak sangka plak nak kena apply base dia dulu. Jadi smuanya nak kena apply tiga shade colour. Lepas pada tu memang k.Iron nak pegi mana2 mesti siapkan smua, dari kening, mata, pipi dan mulut. Baru puas hati nak keluar.

Tapi K.Iron rasa, ramai lg kat luar sana nk mekap tapi tak tau caranya. Untuk para surfer smua, K.Iron akan cuba sedaya upaya untuk mencari maklumat pasal mekap ni. Semoga kita sama2 berubah menjadi wanita yang berkeyakinan..Yakin boleh!