Rambut beruban sebenarnya disebabkan kekurangan melanin di dalam folikel rambut. Kekurangan melanin disebabkan faktor peningkatan usia atau sudah tua. Namun sekiranya rambut mula beruban semasa usia muda, ini disebabkan faktor genetik. Mungkin ibu bapa atau datuk nenek dulu pernah beruban semasa usia muda. Bukan salah ibu mengandung.
Biasanya, semakin kita semakin tua, sel2 di bawah folikel rambut akan mula mati dan akhirnya akan menyebabkan kehilangan warna hitam pada folikel rambut tersebut..uban la tu. Biasanya tak ada apa yang dapt kita lakukan, kerana factor genetic lerupakan salah satu punca terjadinya uban. Kalau keturunan kita lambat beruban, bolehla tarik nafas lega, tapi kalau mak ataupun ayah kita cepat beruban, kemungkinan kita pun sama la, hu..hu
Walaubagaimanapun, kita tetap mempunyai pilihan. Kita boleh menerima situasi itu seadanya, ataupun banyak kedai2 yang menawarkan pelbagai jenama pewarna rambut.
Lelaki pula kita boleh ambil contoh Goerge Clooney dan sudah tentulah Richard Gere. Masih lag Nampak tampan dan menarik dengan rambut ‘siver’ mereka tu..
Ada sesetengah percaya, anda boleh melambatkan proses rambut beruban ni dengan berhenti merokok ( memang telah dibuktikan bahawa merokok akan mempercepatkan lagi proses terjadinya rambut berubah setelah proses itu berlaku) dan mendapatkan tidur yang mencukupi. Tapi kebenarannya ialah, bila proses beruban terjadi, ia tidak akan berhenti. Mungkin dalam 10-15 tahun rambut anda akan menjadi putih sepenuhnya.
Malangnya dalam masyarakat kita, kita telah diberikan tanggapan bahawa uban itu memalukan terutamanya kaum wanita. Jadi kebnyakan wanita yang mengalami rambut beruban akan merasa rendah diri. Mungkin bagi kaum wanita islam yang bertudung perkara ini dapat di lindungi dengan bertudung, tetapi ia tetap menjadi satu isu yang besar. Jadi selagi mampu, kita akan menutupi kekurangan itu.
Salah satu bahan semulajadi yang boelh menutupi rambut beruban (dan halal gitew) ialah penggunaan inai. Inai setakat ini merupakan bahan yang paling sesuai dan selamat untuk mewarnakan rambut dan ia juga menambahkan kelembutan pada rambut. Inai datang dalam pelbagai warna iaitu hitam, coklat dan juga merah. Jadi anda mempunyai banyak pilihan kan? Sekarang, kebanyakan inai juga di datangkan dalam warna coklat muda dan juga perang muda, kalau anda ni berjiwa muda, boleh try la.
Setakat ini, mewarnakan rambut adalah salah satu cara terbaik untuk menutupi uban, malangnya ia hanya bersifat sementara. Tetapi kelebihan ini adalah, ia akan pudar perlahan2 dan anda tidak akan perasan akan perubahan yang berlaku. Ada juga para penyelidik yang mendapati vitamin B dalam jumlah yang besar memberikan sedikit kesan, tetapi ia tidak dapat di buktikan sepenuhnya lagi.
Apa yang penting adalah mengekalkan rambut yang sihat- samada anda beruban atau sebaliknya. Sentiasa bersenam kerana melalui senaman lebih banyak oksigen akan di angkut dalam darah dan juga sel2 lain dalam badan, termasuk folikel rambut.
Jangan biarkan warna rambut (beruban) merubah personality anda. Terimalah ia seadanya dan nikmati la hidup anda dengan positif.
0 comments:
Catat Ulasan