nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Khamis, 13 Ogos 2009

Takut untuk mengatakan tidak?

Smalam tengok lg Oprah.. kali ni pasal penggunaan kad kredit..dan juga pasal tabiat suka mintak tolong dgn anak branak ni. Kita klau kt M'sia ni, klau mntak tolong dengan adik bradik tu perkara biasa la. Biasa la, akan ada tetamu yang volunter masuk rancangan ni. Biasanya oprah akan cari sorang pakar la untuk handle apa saja masalah tetamu dia.

Yang buat k.iron tabik orang Barat ni la, diorang tak malu nak mengaku kesalahan. Siap masuk tv lg tu. Bknnya sorang yang tengok keaiban diorang, tetapi berbilion2 penonton tengok..alahai melalut la plak..isi tak kuar pun lagi..

Nak di jadikan cerita, ada la si polan ni, suka menyusahkan kakak dan mak dia. Duit gaji belambak, tapi tu la, berbelanja ingat tak ingat.. last2 hujung bulan mntak duit kat mak dengan kakak dia. Dah lah dok menyewa kat rumah kakak dia, janji bila dapat gaji nak bayar, tapi last2 janji tinggal janji..bkn stakat tu saja, siap pnjam duit lagi, tu yang buat lagi haru tu..

Last2 bkan stakat dia je yang pokai, tapi dia seret mak dgn kakak dia skali. Di sebabkan tak tahan dh dengan si adik ni, kakak dia pun mintak bantuan Oprah. Ha..ha..msuk tv la lps tu. Si Oprah ni pulak mintak bantuan pakar kewangan, Suze Orman untuk bagi nasihat dekat si adik tu.. Lps tu si Suze Orman ni pun terjah la rumah mereka.

Apa yang menghairankan bukannya si Suze ni kondem si adik, tapi dia mrh dkt mak dgn kkk si polan ni sebab bg bantuan. Memang! di sebabkan syang kita mesti nk tolong adik-beradik kita kan? Tapi masalahnya sekarang (suze ckp la), pertolongan tu lah yang membuatkan si adik tu lg bermasalah. Sampi tak tau nk menguruskan diri dan juga kewangan dia sendiri..

Lps tu si suze pergi rumah sewa si adik ni.. mula2 dia msuk, dia nmpak satu set home theater. Lpas tu msuk skit, dia tengok alat senaman, tak guna pun, dok simpan dlam kotak. Dah la tak cukup duit, selalu pinjam duit, sempat lg beli brg2 'kemahuan'. Suze tanya kakak dia, apa perasaan dia tengok adik dia sempat lg beli benda2 alah tu. Kakak dia ckp dia marah la.. ye la, duit sewa rumah tak bagi..ckp tak de duit. Tapi benda yang tak perlu, blh plak beli. Di sebabkan adik dia slalu memnjam duit, menyebabkan kakak dia berhutang kad kredit sebanyak 20,000 Dolar dan mak dia kehabisan wang pencen. Yang si adik ni pulak bila di tanya sedar ke tidak perbuatan dia ni, dia ckp tak tau pun slama ni dia mnyusahkan mak dan kakak dia..ada ke patut!!

Si Suze ckp, senang je kalau nak tahu perangai ataupun peribadi seseorang tu.. kalau dia pandai menguruskan duit, bermakna dia seorang yang terurus. Jika dia tak pandai uruskan duit, bermakna dia mmg tak pandai uruskan diri, kucar-kacir la orang cakap.. Tapi betul jgk apa yang dia ckp.. Dia pergi msuk dapur si adik tu, tak tau la nak ckp apa, bersepah2..dengan kuali tak bsuh, pinggan letak merata2. Dah la barang tu semua beli mahal2, tapi tak tau nak jaga.kena lecture ngan Suze la..

Lps abis sesi lecture-melecture tu, si Suze pun beralih la ke sessi pertolongan. Dia ckp masih ada harapan lagi nak tolong si adik ni. Tp yang penting dia ckp, si adik ni kena lbih bertanggungjawab. Lps tu dia buat satu surat perjanjian, di mana mak dgn kakak dia dh tak boleh bagi duit atau apa2 bantuan kewangan. Siap sign lg surat perjanjian tu. Lps tu si Suze suruh kakak dia jual rumah dan pndah ke tempat lain. Si adik pulak, si Suze sruh dia sewa apartment. Biar dia bertanggungjawab skit. Ye la dgn org luar, segan la skit nak tangguh bayaran sewa, kan.

Mungkin episod akan datang, si Oprah akan tengok perkembangan keluarga ni. Harap2 si adik akan berubahlah. Sampi bila nk menyusahkan hidup orang lain, tambah2 lagi keluarga kita. Ye la mereka pun ada kehidupan mereka sendiri kan..

Moral daripada kisah ini ialah, kita kena lebih bertanggung jawab pada diri kita sendiri. Klau kita katakan tidak, bukan bermakna kita tidak sayang.. ya betul, kadag2 perasaan sayang membuatkan kita takut untuk mengatakan tidak. Tapi kdg2 pertolongan kita bukannya membantu, tapi memburukkan keadaan. Yang paling penting, kawal kewangan kita dengan betul, jgn sesekali berbelanja di luar kemampuan kita. Beli apa yang perlu sahaja..dan bukan yang anda mahu.Ingatlah, apa yang anda belanja pada hari ini, akan memberi kesan pada masa depan..

0 comments:

Catat Ulasan