Mata adalah jendela hati. Kecantikan terpancar melalui sudut bola mata dan bentuk mata yang indah. Namun tak semua wanita memiliki rasa percaya diri yang tinggi dengan bentuk mata mereka, terutamanya mereka yang bermata kecil dan sepet.
Rabu, 1 Julai 2009
TIPS UNTUK MATA YANG BUNDAR DAN MENAWAN
Mata adalah jendela hati. Kecantikan terpancar melalui sudut bola mata dan bentuk mata yang indah. Namun tak semua wanita memiliki rasa percaya diri yang tinggi dengan bentuk mata mereka, terutamanya mereka yang bermata kecil dan sepet.
Namun dengan teknik make up korektif dapat membawa kaum hawa pada penampilan luar biasa dengan bentuk mata yang indah dan berseri..(mudah-mudahan, ingat.. dengan teknik yang betul!!)
Menciptakan kesan besar dan bulat pada kedua mata bisa dimulai dengan penggunaan eye shadow berwarna terang. Hindari penggunaan eye shadow berwarna gelap, kerana ini menimbulkan efek mata yang semakin kecil. Penggunaan eye shadow berwarna terang seakan 'membuka' mata dan ilusi mata yang besar akan kelihatan.
Langkah pertama telah di lakukan, sempurnakan pula dengan langkah kedua iaitu dengan penggunaan 'eyeliner'. Perjelas bentuk mata dengan pensil mata hingga bagian sudut atas dan bawah mata. Tetapi ingat, tak semua mata wanita sesuai di gariskan 'eyeliner' pada bahagian bawah mata. Ada juga jurumekap yang menggunakan 'eyeliner' yang berwarna putih pada bahagian bawah mata. Teknik ini akan memberikan kesan mata putih yang semakin besar.
Efek bulu mata yang tebal dan panjang ternyata juga membuat mata kelihatan lebih lebar. Agar mata terlihat semakin seksi dan menawan, gunakan maskara. Tetapi kadang2 penggunaan maskara tidak memberikan kesan yang memuaskan, terutama sesiapa yang mempunyai bulu mata yang pendek dan jarang. Sesuaikan panjang dan ketebalan bulu mata palsu agar tak mengganggu penampilan.
Anda tidak perlukan bulu mata palsu yang mahal. Kadang2 di kedai seperti 'Sinma' ataupun 'hot market' anda boleh dapatkan bulu mata palsu yang hanya berharga Rm 3-5. tetapi pastikan gam yang di gunakan berkualiti. Gam yang betul2 melekat biasa boleh di dapati dalam harga Rm 10 ke atas. Hasilnya anda boleh bergaya setanding dengan artis2 hanya dengan bajet yang rendah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan