nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Memaparkan catatan dengan label bijak belanja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bijak belanja. Papar semua catatan

Isnin, 3 Ogos 2009

Panduan Menggunakan kad kredit

Mempunyai kad kredit ni memang seronok sangat..biasala rasa mcm org kaya pulak..ye la tunjuk kd je dah boleh beli barang..masa guna dalam ratusan ringgit tu ok lagi la.. ala ciput macam tu boleh bayar lag la..tu la ayat2 blagak yang selalu dok guna..ye la masa tu bayaran minima bulan2 tak smpi RM 100.. boleh la..

Pas tu bila dah duduk rumah baru (ni kira pngalaman sndiri la..) teringin pulak nk lengkapkan rumah dengan perabot.. dh tak boleh pikir positip dah la masa ni.. pas tu skang bayaran bulanan kad kredit dah RM 200.. memag bagi orang lain, bayaran ni masih lg kira ciput la.. tapi masalh skang gaji aku tak la menimbun macam orag lain..dengan anak tiga orang, perbelanjaan bulanan diorang (nursery, susu, pampers) dah RM 1400.

Dengan bayaran rumah, RM 600 + maintanance RM 100, kereta RM 460, tu belum kira perbelanjaan harian, belanja rumah, minyak kereta, bil elektrik..bla..bla..bla, akhirnya bayaran kad kredit asyik tertunggak je.. Bila dah macm ni baru la nk rujuk internet cara2 nak settlekan hutang kad kredit dengan bijak..

Di sini ingin saya kongsikan maklumat kepada sesiapa yang nasib sama atau ala gitew..ni lah tips-tip penggunaan kad kredit yang dapat di kumpulkan.. mgkin lain masa saya akan tambahkan lagi maklumat supaya kita tidak terjerat dengan kad kredit ni..

Jangan bawa baki bulan ini ke bulan hadapan.
Peraturan pertama yang mesti anda patuhi ialah jangan membawa baki bayaran bulan ini ke bulan berikutnya. Dulu bab ini slalu je kantoi.. sekarang ni terpaksa la disiplinkan diri skit..iki.iki..Mempunyai baki bayaran lebih daripada sepatutnya. Sesungguhnya, kegagalan mematuhi peraturan ini hanya akan menambahkan beban hutang.

Jadi tanyakan diri anda. Adakah anda seorang yang lazimnya mempunyai baki bulanan atau secara keseluruhan jumlah hutang? jika anda bernasib baik, anda tergolong di dalam kategori kedua dan tidak terperangkap di dalam pembayaran faedah.

Tetapi berlainan pula dengan mereka yang mempunyai baki hutang. Mereka sebenarnya terperangkap di dalam hutang yang semakin meningkat akibat kegagalan membayar.

Katakanlah anda terpaksa bayar bayaran bulanan sebanyak RM 200, tetapi anda hanya membayar Rm 100, maka interest akan di kenakan ke atas baki itu.. jadi bagi mengelakkan penambahan interst, maka bayarlah bayaran sepatutnya atau pun lebih skit la..

Baca semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan.
Pastikan anda membaca dan meneliti semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan. Ini penting untuk anda melindungi diri sebagai pengguna. Pastikan anda mendapat penjelasan sewajarnya kepada setiap kemusykilan yang diutarakan. Juga pastikan anda membaca dan meneliti semua bil yang sampai ke tangan anda.

Ini penting kerana anda pastinya tidak mahu terlepas daripada mengetahui sebarang perubahan polisi yang dikenakan ke atas kad kredit anda. Harus diingat, syarikat pengeluar kad kredit mempunyai kebebasan membuat sebarang pindaan dan lazimnya setiap perubahan akan efektif di dalam tempoh waktu yang singkat.

Elakkan denda bayaran lewat.
Pastikan anda membayar hutang di dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kelewatan membayar hanya mengakibatkan anda terjerumus ke dalam hutang yang lebih banyak disebabkan jumlah yang meningkat setiap kali anda gagal melunaskannya.

Pertahankan hak anda sebagai pengguna.
Jika anda mendapati syarikat pengeluar kad kredit gagal berfungsi dengan cekap, maka anda perlu segera membuat aduan. Di dalam persaingan pasaran yang sengit mereka tidak boleh memandang ringan segala aduan yang diterima dan lazimnya, anda akan mendapat layanan sewajarnya.

Jangan tergesa – gesa membuat pilihan
Dewasa ini, amat banyak kad kredit yang ditawarkan di pasaran. Sebagai pengguna bijak, luangkan masa anda mencari kad yang menawarkan pilihan terbaik seperti tiada bayaran tahunan dan kadar faedah yang rendah. Tidak ada gunanya untuk anda terus menggunakan kad kredit yang mengenakan faedah tinggi dan dan mempunyai masa selamat yang singkat.

Tapi yang ni lah tips paling berguna.. kalau rasa tak terdesak tu kalau boleh jangan gunakan kad kredit. Bayaran tunai boleh menyelamatkan anda dari terjerumus dengan hutang.. dan kalau boleh berbelanjalah ikut kemampuan.. saya pun sekarang ni dalam proses untuk membuat penjimatan. di harap dengan adanya info ini kita semua menjadi wanita yang bijak dari segi pengurusan kewangan..amin..

Selasa, 28 Julai 2009

Wanita Sebagai Perancang Kewangan

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.
"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.
Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.

Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.

Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.