nuffnang AREA





Ads Avenue

Summit this page to


[get this widget]

Petua Minggu Ini

Mengharumkan dapur.Pada kebiasannya pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan,terutamanya apabila anda menyiang ikan.Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis,bunga cengkih dan cuka biasa.Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet,jubin dan sekitar dapur.Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain

Sahabatku

Memaparkan catatan dengan label cara berbelanja dengan betul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara berbelanja dengan betul. Papar semua catatan

Selasa, 28 Julai 2009

Wanita Sebagai Perancang Kewangan

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.
"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.
Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.

Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.

Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Ahad, 26 Julai 2009

Hidup tanpa hutang?

Kebanyakan termasuk saya sendiri tidak boleh mengelak daripada berhutang dan saya akui akhirnya memakan diri. Disebbakn itu saya mengambil langkah yang drastik (nasib baik sedar diri) untuk mempelajari dan mendalami ilmu2 tentang pengurusan perbelanjaan ni. Kita perlu melihat samada perbelanjaan seharian dan bulanan kita itu adalah untuk keperluan atau untuk kemewahan. Kadang2 kita tidak dapat membezakan antara keperluan atau kehendak, terutamanya kaum wanita ni. Ye la ada di kalangan kita yang merasakan bahawa membeli pakaian tiap2 bulan itu merupakan satu keperluan..he..he. Kita perlu ingat, kita perlu membuat perancangan dengan teliti untuk mencerahkan masa depan dan bukan untuk menambahkan hutang yang sedia ada. Kalau ianya untuk kemewahan, maka harus kita tangguhkan perbelanjaannya jika kita tidak mampu pada waktu itu, dan yang pasti senarai tu msuk dalam ruang kehendak..

Walaupun pada waktu sekarang ini banyak kemudahan kredit yang ada – seperti kad kredit, bayar ansuran dan personal loan – memudahkan orang untuk meminjam wang, dan membenarkan mereka untuk membeli barangan-barangan untuk kemewahan. Seboleh-bolehnya cuba jangan jeratkan diri anda.. org kata nk berbelanja tu, ukur baju di badan sendiri. Saya dulu pun nyaris nk buat kredit kad ni. Nasib baik tak jadi.. ye la hutang dah melebihi 40% daripada gaji (mcm mana ni).. kalu nk tmbh hutang lg tak ke mmbunuh diri namanya..

Jadi, kita harus melihat kemampuan kita. Jangan terlalu memikirkan untuk meminjam wang, hanya kerana ia mudah untuk meminjam wang! Kadang-kala, adalah jauh lebih baik untuk membeli barangan secara tunai. Buat pelan bajet secara teratur dan yg paling penting, kena ikut la plan tu.. kalau buat pelan tapi tak ikut pun tak ada guna jgk..

Kita mesti fikir : Mampukah kita untuk membayar-balik wang pinjaman itu tanpa gagal pada setiap bulan, sementara pada masa yang sama, kita tidak mengurangkan perbelanjaan seharian yang perlu, seperti makanan seharian, perbelanjaan persekolahan anak-anak, rumah dan sebagainya.

Sebaiknya ialah hutang itu tidak melebihi 30% daripada gaji bulanan. Ia tidak akan memberatkan kita untuk membayar-balik hutang itu setiap bulan.”

Jumaat, 3 Julai 2009

APA ITU BAJET

Apa itu Bajet?

Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh:

MATLAMAT
KEPERLUAN
KEHENDAK
Memiliki sebuah Kereta
Memiliki sebuah Rumah
Berkahwin
Perniagaan sendiri
Memberikan pendidikan yang baik untuk anak
Pencen dengan selesa
Bersedekah
Makan Minum
Tempat Tinggal
Pakaian
Masa berkualiti dengan keluarga
Kereta/Motosikal
Telefon mudah alih
Komputer
Makan malam yang mewah
Banglo seperti-rumah peranginan
Pakaian mahal berjenama
Percutian mahal
Kereta mewah
Telefon canggih yang terkini
Komputer yang tercanggih
Dan lain-lain lagi...


Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer. Namun, terdapat kereta yang berharga RM30,000+, sementara ada juga yang RM300,000+; telefon mudah alih yang berharga RM100+ dan yang lain berharga RM1,000+ dan komputer yang berharga RM1,000+, sementara yang lain sehingga RM10,000+!

Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???

Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.

Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?

Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.

Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!

Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.

Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).

Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?

Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.

Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.

Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:
  • Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
  • Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
  • Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
  • Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
  • Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?

Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.

Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)

Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?

Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:
  • Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
  • Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
  • Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
  • Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
  • Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
  • Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
  • Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
  • Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.

Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?

Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.

sumber: AKPK