Selasa, 28 Julai 2009
Bercuti dengan bajet
Teringat saya waktu zaman kanak-kanak. Saya merupakan anak Felda, dan pada masa itu kebanyakan org Felda hidup dalam kesempitan. Terutamanya keluarga saya, dengan pendapatan ayah pada masa tu hanya 350 sebulan dan terpaksa menanggung 9 orang anak. Pada masa tu jangan harapla mak ayah nk bawak bercuti, hidup pun kira kais pagi, makan pagi. Tetapi tinggal di kawasan kampung terdapat banyak kelebihan. Kanak-kanak di kampung tidak seperti kanak-kanak di bandar. Kanak-kanak di kampung biasanya sejak dari kecil lagi di latih untuk berdikari. Ye la, saya sejak umur 4 tahun sudah terbiasa keluar bermain tanpa di temani ibu bapa. Oleh sebab itu banyak benda yang kami boleh eksplore dan menggunakan kemudahan alam untuk bermain.
Sejak dari kecil saya biasa pergi bermain di alur sungai, menangkap ikan (walaupun sebesar ibu jari), memanggang ikan, main masak2 dan sebagainya. Terdapat pelbagai permainan yang mungkin sekarang ni telah semakin lupus contohnya galah panjang, batu seremban, congkak dan sebagainya dan biasanya permainan ini bermusim. Jadi boleh dikatakan zaman kanak-kanak di kampung begitu menyeronokkan. Saya merasa amat bertuah di lahirkan di kampung.
Setelah dewasa dan berkahwin, saya menetap di Pulau Pinang. Mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan dalam 2-3 taun lg semua akan masuk persekolahan. Tetapi di bandar, biasa la, kita hanya dpat bermain di tempat yang telah ditetapkan. Kadang-kadang terpaksa bersesak-sesak untuk bermain. Kaesian kt budak2 zaman sekarang. Nak tak nak, para ibu bapa terpaksa la bawa anak-anak pergi bercuti (kalau yang mapu la)..
Selain merancang aktiviti anak-anak untuk mengikuti pelbagai kelas kemahiran dan kreativiti atau bersiar-siar, apa kata luangkan sedikit masa membawa mereka ke destinasi percutian bagi melegakan minda yang sentiasa dibebani pelajaran dan aktiviti sekolah.
Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, yang paling penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan.
Ini kerana jika bercuti tanpa membuat perancangan terlebih dulu boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu perjalanan kewangan harian anda.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.
Layari internet atau membaca iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.
Jika bajet tidak mengizinkan untuk bermalam di satu-satu destinasi yang menarik, rancanglah percutian untuk sehari saja. Ye la walaupun sehari tetapi pengalaman bersama keluarga itu amat berharga.
Tempat menarik seperti kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran kediaman juga boleh dijadikan lokasi untuk membawa anak- anak menghabiskan masa lapang mereka.
Selain itu, taman awam seperti taman botani serta Taman wetland, masing- masing di putrajaya dan di sekitar Tasik Perdana, kuala Lumpur juga antara lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah.
Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, tidak salah keluar dari Kota untuk ke destinasi pelancongan menarik di Malaysia seperti Melaka, Pulau Pinang dan pantai timur.
Anda juga boleh mengambil kesempatan bermalam di destinasi pelancongan itu dengan memilih hotel atau resort yang sesuai dengan bajet ditetepkan.
Meneroka pekan dan Bandar kecil di dalam negara adalah satu daripada aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga. Ramai yang tidak mengetahui pekan kecil negara ini menyimpan seribu satu keistimewaan termasuk seni bina bangunanya, cenderahati yang jual dan makananya.
Jadilah, pengguna yang baik dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.
Apa- apapun, bawalah anak-anak anda bercuti sambil meneroka Malaysia kerana terlalu banyak lokasi percutian yang menarik di negara ini yang setanding dengan negara luar. Apa yang pasti bagi saya, setiap cuti saya akan balik kampung untk memberi mereka pengalaman berada di kampung. Mungkin saya akan singgah di beberapa tempat lain, untuk memberi mereka pengalaman baru.
Panduan bercuti:
• Senaraikan bajet membabitkan penginapan, makanan, pengangkutan, told dan minyak.
• Pilih lokasi melancong, semak harga dan buat tempahan awal.
• Baca iklan dalam akhbar mengenai penginapan yang sesuai untuk lokasi pelancongan.
• Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
• Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.
Rabu, 22 Julai 2009
Bajet oh bajet
Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.
Walau sebanyak manapun gaji bulanan kita tapi klau tk uruskan dengan baik, kita akan dapati kita kesesakan, dari segi wanglah..bab kata pepatah sebesar mana periuk.. sebesar itulah isinya..
Kadang2 kita rasa klau gaji naik pasti dapt menolong sedikit sebanyak dari segi perbelanjaan. tapi bila sampi akhir bulan sama jugak keadaannya..contohnya diri saya sendiri.. bila mkin gaji bertambah, makin besar keinginan untuk berbelanja.. pntang ada sale.. mula la gatal tangan nk kluarkan duit.. inilah masalahnya klau kewangan tak di rancang dengan betul..sebelum ini saya selalu kesempitan wang. memanglah klau nak diikutkan gaji saya dan suami yang tak seberapa, ditambah pula dengan 3 anak yang masih kecil. Tinggal pulak di bandar seperti Pulau Pinang ni. Semua benda memerlukan duit.Jika kewangan tidak dirancang pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistem. (mcm saya la..hu..hu) . Biasa la kaum pompuan ni, pantang nmpak benda cantik mesti nk beli. kadang2 tak pernah fikir samaada benda tu perlu ataupun tidak.. main cekup aje.. Hubby pulak jenis yang tak pernah nk tegur cara kita berbelanja.. akhirnya dkt2 akhir bulan, asyik keputusan duit aje..
Pernah sekali tu smpi tak ada duit nk beli susu anak yang no 2.. masa tu sedih tak tau nk cakap la.. terpaksa la guna susu abang dia buat sementara. Bukan setakat itu saja, nak di jadikan cerita, pampers habis la pulak.. nsib baik la ada la duit belas2 ringgit.. pg la kedai mamak kt bawah cari pampers yang paling murah.. dapatla 18 keping dengan harga RM 8.60. Terpaksa la diorang pakai untuk beberapa hari sementara nk dapat gaji.. makan malam pulak, biasa la buat nasi goreng la.. Saya pulak jenis yang tak suka berhutang (dengan kengkawan, nasib baik la)..Walau mcm mana tak de duit pun saya tak akan berhutang.. biar hidup susuh, tetapi sekali kita ajar diri kita untuk berhutang, selamanya kita tak akan dpt menyelesaikan masalah kewangan ni..ksian kt anak2..tp nk buat macam mana.. mak diorang boros sangat..
Sejak dari hari itu saya bertekad untuk merancang perbelanjaan dengan betul..tak mau lg pisang berbuah 2 kali.. dengan mencari rujukan dan sumber di internet akhirnya saya dapatlah satu template microsoft excel untuk merancang perbelanjaan. Setelah beberapa bulan berusaha untuk mengikuti apa yang sepatutnya la..kiranya kena kedekut skit la.. akhirnya ia menampakkan hasil.. walau pun tak boleh menyimpan (stakat ni) tp sekurang2nya tak ada la terputus duit macam dulu..anak gembira kita pun gembira..
Sesiapa sahaja, jika pendapatan diuruskan dengan bijak kedudukan kewangannya adalah berkeadaan baik atau stabil. Sebab itulah saya mengambil langkah untuk merancang perbelanjaan saya sendiri.. harap2 lepas ni segala hutang lapuk akan di langsaikan la..(hutang perabot)..sebenarnya saya amat menyesal membuat pinjaman pembelian perabot ni..ini semua gara-gara nk masuk rumah baru.. smua nk bagi lengkap la konon.. tapi akhirnya menyusahkan diri aje..lepas ni dh tak nk buat dh..
Di sini saya ingin berkongsi template yang yang boleh menguruskan perbelanjaan bulanan.. harap mklumat yang di sampaikan berkesan dan boleh menolong anda.. dan juga saya semestinya...tetapi masalhnya buat masa sekarang saya tidak pndai untuk meletakkan template tu di dlm blog ini..
Jumaat, 3 Julai 2009
APA ITU BAJET
Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.
Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.
| MATLAMAT | KEPERLUAN | KEHENDAK |
| Memiliki sebuah Kereta Memiliki sebuah Rumah Berkahwin Perniagaan sendiri Memberikan pendidikan yang baik untuk anak Pencen dengan selesa Bersedekah | Makan Minum Tempat Tinggal Pakaian Masa berkualiti dengan keluarga Kereta/Motosikal Telefon mudah alih Komputer | Makan malam yang mewah Banglo seperti-rumah peranginan Pakaian mahal berjenama Percutian mahal Kereta mewah Telefon canggih yang terkini Komputer yang tercanggih Dan lain-lain lagi... |
Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???
Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?
Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.
Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.
Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!
Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.
Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).
Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.
Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.
Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:
- Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
- Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
- Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
- Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
- Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?
Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.
- Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
- Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
- Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
- Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
- Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
- Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
- Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
- Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.
Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.
